“Budak tu dah go international..”- Video Khaby Lame & budak viral buat netizen donia terhibur
Budak lelaki tersebut bagaimanapun sejak akhir-akhir ini kembali menjadi perhatian oleh warganet. Namun begitu, lebih mencuri tumpuan juga apabila budak lelaki itu turut mendapat perhatian oleh personaliti terkenal media sosial antarabangsa, Khaby Lame.
Pasti ramai yang masih ingat dengan seorang budak lelaki yang tidak semena-mena viral gara-gara gelagatnya yang menunjukkan jari tengah disamping muka selambanya di atas motosikal.
Rasanya ramai yang tahu Khaby Lame cukup popular dengan gelagatnya yang sering menghiburkan pengguna TikTok apabila dia di aplikasi tersebut telah diikuti 135.9 juta pengikut.
Jadi melihatkan pula satu rakaman video yang dimuat naik oleh Khaby Lame di aplikasi TikTok mencetuskan ramai netizen Malaysia turut ‘terkejut’.
Mana tidaknya, dalam video tersebut Khaby Lame bergandingan lagi dengan budak lelaki viral berkenaan apabila dalam pada masa sama, ramai terhibur dengan rakaman yang dimuat naik itu sehinggakan meraih 4.7 juta tanda suka.
Menjengah ke ruangan komen, video budak viral bersama Khaby Lame itu mendapat perhatian oleh netizen di Malaysia apabila tidak menyangka budak lelaki tersebut sudah begitu ‘jauh’ viral kerana turut menjadi tumpuan oleh personaliti terkenal media sosial antarabangsa terbabit.
“Jauh mat budak tu pergi…”
“Budak tu dah go internasional…”
“hebat ko dik..samapai sini da ko ya”….
“kesian doh kena lagi…”
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Follow dan Like kami di Berani Bangkit
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Sumber: HCL