“Hancur harapan mereka” – Akibat Gangguan Internet & Elektrik, Pelajar-pelajar Di Sarawak Tersingkir Pertandingan Bah4s

Pada era digitalisasi ini, kemudahan internet dan juga elektrik adalah merupakan asas kepada pendidikan dan memainkan peranan yang sangat penting untuk memastikan para pelajar mendapat mengikuti proses pembelajaran dengan efektif. 

Kemudahan ataupun fasiliti sekolah yang lengkap adalah perkara utama yang perlu diberi perhatian dalam usaha melahirkan murid-murid yang cemerlang dari segi akademi mahupun kokurikulum. Hal ini kerana, kemudahan ataupun fasiliti sekolah yang lengkap dapat membantu serta menyokong aktiviti pembelajaran dan juga pengajaran di sekolah. 

Namun begitu, tidak semua sekolah memiliki fasiliti yang lengkap terutamanya sekolah-sekolah di pedalaman Sabah & Sarawak. Ini adalah perkara yang menyedihkan dan seharusnya tidak berlaku pada tahun 2022 ini. 

 

BACA JUGA: Terharu Melihat Ayah Bawakan Hadiah Istimewa – Ya Allah, Sebak Je Teng0k Adik Tu Nangis

Pelajar Kecewa Dan Sedih, Gangguan Internet & Elektrik

@michaelbandangwlb71

Sedih 😭😭 Tak dapat cikgu berdepan dgn muka anak-anak. Berbulan berlatih, berakhir macam ni je. Tersingkir krna masalh teknikal yg tk pernah habis, spt blackout ni. Sampai bila lah terus macam ni 😭😭😭

♬ Kenangan Terindah – Vicky Shu

Demikianlah yang dialami oleh sekumpulan pelajar sebuah sekolah baru-baru ini. Masalah dari segi capaian internet ataupun sambungan elektrik menyebabkan pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Sungai Arip, Sibu, Sarawak menangis kecewa kerana tersingkir  dalam sebuah pertandingan bahas yang telah diadakan secara dalam talian. 

Gangguan bekalan elektrik dan internet menyebabkan sekolah itu tersingkir daripada Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Sekolah Rendah Peringkat Negeri Sarawak 2022 yang diadakan baru-baru ini.

 PELAJAR

Menurut salah seorang gurunya, Cikgu Michael Bandang Tinggai, 25, kegagalan internet dan sumber elektrik untuk berfungsi dengan baik telah ‘meranapkan’ impian empat murid yang mewakili Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Selangau di pertandingan tersebut.

Katanya, dia bersama seorang lagi guru, Cikgu Jacklyn Ming Mering, 31, telah melatih keempat-empat murid itu Chrystcella Sambun Atan, 12; Jezzyvelle Eveoniey Nuyah Tony, 11; Patrick Tajem Kindy, 11 dan Shchallixzty Rashenda Edward Serit, 10, selama berbulan-bulan sebagai persiapan untuk menyertai pertandingan itu.

“Semasa pertandingan bermula pada pusingan pertama menentang PPD Samarahan, semua sudah bersedia dan peralatan juga dalam keadaan baik. Namun, ketika tiba giliran seorang murid untuk berbahas, tiba-tiba bekalan elektrik terputus dan liputan internet juga hilang.”

“Saya dan cikgu pembimbing bergegas untuk mencari dan bertanya tentang keadaan elektrik tetapi keadaan ini di luar kawalan kami,” 

Tidak berpuas hati, cikgu Michael juga memberitahu, dia bersama murid yang terlibat terpaksa membuat keputusan untuk menaiki kereta bagi mencari liputan internet di luar kawasan. Dengan harapan, ada liputan internet dan mereka boleh menyambung mengikuti pertandingan tersebut. Namun, sebaliknya yang berlaku. Untuk menghubungi pihak penganjur pun tidak dapat. 

“Saya dan mereka yang terlibat bergegas membawa semua alat peranti dengan harapan ada liputan internet di jalan utama Sibu-Selangau.

“Malangnya, tiada malah untuk menghubungi pihak penganjur juga tidak berjaya,” jelasnya.

PELAJAR

Tersingkir Begitu Sahaja, Penat Berlatih Siang & Malam 

Akibatnya, mereka terpaksa disingkirkan kerana masa kecederaan telah tamat. Mahu tak mahu, mereka terpaksa akur dengan keputusan tersebut. Walaupun sedih dan kecewa, mereka terpaksa pasrah. 

“Murid-murid menangis sebab tidak dapat bertanding lagi, hancur harapan mereka, saya sendiri pun tidak dapat buat apa-apa lagi. Berbulan berlatih, berakhir begini sahaja, hujung minggu digunakan untuk berlatih, siang dan malam bersama mereka.”

Semoga pihak berkaitan mengambil berat isu ini dan menyediakan solusi terbaik untuk memastikan kejadian sebegini tidak berulang lagi. 

PELAJAR

Sumber: TIKTOK

_

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Berani Bangkit

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk menapis komen-komen tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!