Pegawai Wanita TLDM Pertama Miliki Kepakaran Musnah Peluru & Bahan Letup4n, Fuh Power!

Apabila melihat kaum wanita menganggotai bidang ketenteraan, ia adalah satu perkara yang amat mengagumkan. Hal ini kerana, semua bidang ketenteraan memerlukan pengorbanan fizikal dan juga mental sepanjang kerjaya tersebut. 

Namun begitu, ia tidak mematahkan semangat seorang gadis cantik ini untuk terus berkhidmat. 

Pegawai Wanita TLDM

Pegawai Wanita TLDM Pertama Miliki Kepakaran Musnah Peluru & Bahan Letupan

Puteri Shazwan Megat Ahmad Shariman, adalah merupakan anak kelahiran Kuala Lumpur tetapi membesar di Ipoh, Perak. Beliau merupakan anak kedua daripada lima adik beradik.

Melibatkan diri dalam sebagai Pegawai Wanita TLDM, Leftenan Madya Puteri Shazwan Megat Ahmad Shariman ini juga merupakan Pegawai Wanita TLDM pertama yang mempunyai kepakaran juruteknik peluru dan explosive ordnance pada tahun 2021.

Menurut beberapa sumber, beliau adalah merupakan bekas pelajar MRSM Parit, Perak dan kemudian melanjutkan pelajarannya di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) (2014 – 2019) dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia Pertahanan. Dalam masa yang sama, beliau diserap masuk ke UPNM sebagai Pegawai Kadet Laut.

Pegawai Wanita TLDM

BACA JUGA: Anak Penyu Berkepala Dua Berjaya Ditemui!

Menceburi Bidang Dipelopori Lelaki, Belajar Menyesuaikan Diri Dengan Cepat

Berikut ialah perkongsian oleh Dr Zulkifli Hussain melalui laman Facebook beliau mengenai gadis ini sebagai Pegawai Wanita TLDM. 

“Saya tanya kepada Puteri Shazwani, adakah mencabar bagi seorang wanita untuk bergelar sebagai Leftenan Muda TLDM?”

“Beliau menjawab; “Sudah pasti. Bidang tentera ini luas. Bidang Perubatan, Kejuruteraan, Logistik, Juruterbang, Perisikan, Polis Tentera, Public Relation, Seni/Muzik, Kulinari dan banyak lagi”.”

“Berada di persekitaran yang didominasi oleh lelaki, saya perlu belajar untuk cepat menyesuaikan diri dan bersedia untuk berdepan dengan sebarang situasi” – ujar Puteri Shazwani.

“Peranan wanita juga penting dalam ketenteraan. Saya tidak nafikan golongan wanita ada limitasi daya kekuatan fizikal berbanding dengan lelaki. Namun wanita tiada limitasi dari aspek kekuatan mental, ilmu pengetahuan, kebijaksanaan dan personaliti”.

“Jadi golongan wanita pun boleh berdiri sama tinggi dengan kaum lelaki sekiranya mereka ada kelebihan itu”.

Kenapa Pilih Kerjaya Tentera 

Pegawai Wanita TLDM

Menurut Leftenan Madya Puteri Shazwan Megat Ahmad Shariman, beliau memilih kerjaya tentera kerana beliau sukakan cabaran dan bidang ketenteraan membuka banyak peluang untuk beliau mencabar diri dan mengasah bakat yang ada. 

“Saya seorang yang sukakan cabaran dan mencuba sesuatu yang baharu bagi menguji kemampuan diri. Bidang tentera telah membuka banyak peluang kepada cabaran dan mengasahkan bakat di dalam diri”.

Berjaya menamatkan pengajian di UPNM pada 2018, beliau kemudian ditauliahkan dan dikurniakan pangkat Leftenan Muda TLDM pada tahun 2019. 

Beliau mula berkhidmat di Markas Tentera Laut, Bahagian Materiel pada tahun 2021 dan menghadiri Kursus Pegawai Kejuruteraan Peluru selama 8 Bulan di Kem Mempaga, Bentong. 

Kini, beliau memegang jawatan sebagai Pegawai Laksana di Depot Peluru dan Bahan Letupan Wilayah Laut 1.

Fuh, memang power la srikandi negara ni. Semoga anak-anak perempuan kita boleh menjadikan beliau inspirasi untuk menjadi berani dan wanita berkebolehan. 

Sumber: FACEBOOK

_

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Berani Bangkit

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!