Patutlah Pegang Seluar, Seret Kaki…Tetap Bersemangat Ke Sekolah Biarpun Keadaan Daif

Sebak, dalam ramai orang susah yang sudah saya jumpa, dia sangat istimewa kerana mempunyai azam begitu tinggi dan datang sekolah biarpun dalam keadaan serba daif.

“Insya-Allah, saya rancang ambil dia sebagai anak angkat dan bantu sedaya mana yang termampu supaya dia dapat meneruskan persekolahan seperti murid lain,” kata Mohd Nasir Mohd Zain.

Guru Pendidikan Islam sekolah rendah di Sungai Petani, Kedah itu tular beberapa tahun selepas berkongsi kisah kekentalan seorang murid miskin sanggup datang ke sekolah dengan memakai pakaian dan kasut milik abangnya yang saiznya tidak padan dengan fizikalnya.

Gambar murid terbabit memakai seluar besar dan kasut longgar milik abangnya untuk ke sekolah

Mohd Nasir berkata, bukanlah niatnya mahu menagih pujian dengan memuat naik perkongsian dia membantu membeli kelengkapan sekolah murid tahun tiga itu, namun hantaran di Facebook (FB) miliknya itu bertujuan memberi inspirasi kepada masyarakat terutama anak muridnya.

“Air mata saya hampir menitik melihat dia sanggup seret kakinya di lantai supaya kasut dia yang saiznya jauh lebih besar daripada kakinya tidak tertanggal manakala tangannya sentiasa memegang seluar bagi mengelak terlondeh.

“Saya fikir kalau terjadi kepada anak saya atau murid lain, pasti malu dan tak mahu pergi sekolah.

“Jadi saya tak kisah apa pun orang hendak kata kerana niat saya berkongsi kisah ini supaya ia dijadikan inspirasi kepada orang lain terutama murid lain supaya tidak menjadikan kemiskinan satu halangan untuk datang ke sekolah,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, hasil semakan dan maklumat diterimanya mendapati kanak-kanak yang mempunyai empat adik-beradik itu datang daripada keluarga miskin.

“Saya fikir sekarang dia belajar di tahun tiga mungkin belum tahu apa itu perasaan malu.

“Bayangkan kelak bila dia naik ke tahun empat, lima atau enam, tidak mustahil dia akan rasa malu dan jika tidak pergi sekolah sudah pasti masa depan dia akan gelap.

“Jadi, jika ada sokongan moral macam ini saya rasa sekurang-kurangnya boleh menaikkan semangatnya untuk maju dalam pelajarannya,” katanya.

Katanya, dia merasa puas melihat riak wajah murid berkenaan selepas menerima kelengkapan sekolah serba baru yang dibeli di Kepala Batas, Pulau Pinang.

“Menjadi satu kepuasan kepada diri saya bila melihat ekspresi muka kanak-kanak itu yang sangat gembira seolah-olah apa yang diidamkan selama ini tercapai,” katanya.

Mohd Nasir membeli pakaian baru kepada murid terbabit
Mohd Nasir membeli pakaian baru kepada murid terbabit
Mohd Nasir membeli pakaian baru kepada murid terbabit

Terima kasih Cikgu!

One comment

  1. Teringat zaman aku sekolah dulu tapi yg paling aku tak boleh lupa ..waktu tu dah 17 -19 tahun ..mak abah susah adik beradik ramai yg sekolah. Aku anak no. 3 .bersekolah jauh dan tinggal dgn nenek. utk tak nak susahkan mak abah aku tak mintak wang kalau tak dikirim . mak tanya baju sekolah ..ok..aku jawab ok walhal kasut sekolah aku koyak (canvas) bahagian ibu jari kaki dan setiap hari aku balik sekolah aku gam pakai gam UHU. waktu tu ham tu RM1.00. Mana tak koyak aku ada sepasang kasut hitam sahaja sepanjang 2 tahun sekolah. Aku boleh mintak pada mak abah tapi aku tak nak sebab ramai lagi adik beradik yg perlu duit.Nenek aku agak garang ..dan pakcik makcik aku juga ada ..tapi aku memang pendiam sgt dulu dan tak pernah cerita atau meminta apapun.walaupun tiada apa dalam saku.mak aku selalu pesan ..jangan susahkan org dan terima kasih sgt dah sebab mereka bagi makan. yang aku tahu mak aku ada kirim duit rm 200.00 waktu tu setiap bulan pada nenek tapi itu lebih utk duit makan aku kat sana.

    Aku ketua Pengawas Perpustakaan..kena pakai kot. mulanya aku tolak sebab aku cakap dgn cikgu ..saya tak mampu ..vikgu cakap jgn bimbang cikgu akan bahi pinjam kot sekolah. kebetulan ada satu kot pelajar lama yg ditinggalkan. Cuma waktu tu pengetua aku tanya ..kasut awak itu sahaja ke ..kena jaga imej ketua pengawas..aku diam tertunduk ..dan perlahan aku bersuara ..cikgu saya akan tampal dan jahit balik sekolah nanti sebab dah tak boleh tampal guna gam.koyaknya semakin besar.
    Aku bersyukur sebab aku dikelilingi dgn guru-guru yg sgt baik. waktu tu gaji guru tak seperti sekarang tapi mereka usaha dengan pelbagai cara
    bantu aku. aku tak pernah cerita tetapi mungkin atas keprihatinan guru-guru yg sentiasa melihat dimana aku waktu rehat ..apa yg aku pakai berapa wang yg aku bawa setiap hari dan bagaimana aku pergi dan bakik sekolah.
    Mereka sudah faham tanpa banyak bicara.

    Memandangkan aku adalah pelajar contoh dan ayam tambatan sekolah kerana selalu menang dalam banyak pertandingan dan mengharumkan nama sekolah maka cikgu-cikgu usahakan aku untuk masuk asrama di sekolah yg sama tanpa bayaran.cikgu -vikgu sampai pergi kerumah nenwk aku untuk pujuk nenek supaya aku masuk asrama kerana aku pelajar berpotensi. Aku tau maksud cikgu tiada lain ..selain mahu lihat aku dapat makan dengan sempurna ..belajar dengan sempurna dan tak.perlu berjalan berkilometer pwrgi dan balik sekolah. Kalau tak time rehat aku di pustakaan baca buku atau ulangkaji kerana menahan lapar. dalam kocek setiap hari hanya ada Duit tambang bas. sesekali jika.pakcik aku hulur duit aku baru makan dikantin sekolah…Pakcik aku bukan kedekut tapi waktu tu dia tak tak tau yg aku tiada duit sekolah yg dia tahu memang mak aku ada kirim duit setiap bulan. yg dia tak tau aku tak ada akaun bank pun waktu tu .

    Aku berjaya masukke.menara gading dan sampai di menara gading aku tak pernah mintak duit pada mak abah sepanjang belajar di sana? tak percaya tapi tu realiti kebanyakkan kami waktu tu ..cukup duit pinjaman JPA sebanyak rm 1800 utk setiap semester. utk duit makan dna belanja ..bila kering sgt JPA lambat masuk duit kami cari duit syiling bawah tikar yg aebelum ni kami sepahkan dan tak hiraukan beli -2 bungkus maggie kami makan reramai…x ada hp..tak ada komputer ..pakai public dan makmal komputer ..buku?apa je yg tak da di library …semuanya atas kita ..

    kengkawan sgt best ..walau ada yg hidupnya senang tapi mrk .makan ikut cara kami yg susah ..berlauk kan ulam, nasi putih, sedikit kuah dan ikan atau ulam dan kuah dan nasi putih. janji perut kami berisi ..nak sedap sikit makan moi sup yg waktubtu hg baru rm 2.00 mmg sedap sgt le sebab ada ayam goreng. Setiap kali cuti semester aku tak pwrnah dudul rumah ..cari kerja di kilang sebagai operator untuk cari duit buat balik sambung belajar. kilang botol, kilang tayar kereta mainan, alat ganti komputer dan paling manis aku jadi tukang korek simen di lantai kilang tu ..sebab dah tak da kerja ..malu tolak tepi je ..sementara kan .. aku peduli apa…balik kekadang tumpang lori pakcik yg baqak barang kilang, maaf pada semua majikan..aku bukan menipu ..tapi org tak pernah tanya aku belajar sampai mana.maklum
    aku amik gaji pun kecik rm 200-300 pun aku amik..janji aku nak balik kampus aku tak mintak duit mak abah utk beli barang keperluan aku sampainaku tamat belajar dan berjaya menggengam aegulung ijazah.

    Macam tu la perjalan hidup aku..Aku menolak utk jadi penyelidik di universiti aku, aku menolak kerja dengan dato-dato tempat aku praktikal untuk aku pulang ke selatan tanah air dan tunaikan janji aku pada abg long dan mak. Terima kasih abg kerana bagi ruang aku belajar dulu dan berkorban utk tidak sambung belajar kerana bagi ruang utk aku. kami ditawarkan pada masa yg sama.dan mak.tak ada duit waktu tu ..semuanya habis digadaikan.

    Aku berjanji pada abg utk bantu dia sambung belajar selepas aku tamat dan jaga mak abah . Aku perlu tunaikan janji walaupun aku terpaksa menolak tawaran yg bagus utk aku. Sehingga kini aku telah bekerja di syarikat swasta sebagai executive yg jauh berbeza dari bidang aku dan dengan kapasiti 98% adalah berbangsa cina. Alhamdullilah aku masih bertahan dan mereka semua baik dengan aku.

    Walaupun peluang besar aku tidak kembali tapi aku tidak kesal san bersyukur dengan apa yg ada dan yg paling penting Allah sentiasa aturkan aku dekat dengan mak abah utk aku sentiasa bersama mereka sebagaimana janji aku dulu. Terima Kasih Allah ..terima kasih Mak Abah dan terima kasih abang long .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!