Panjat Siling Hospital Mahu Larikan Diri,1 Staff Cerita Pasal Pemuda Ini

Panjat Siling Hospital Mahu Larikan Diri,1 Staff Cerita Pasal Pemuda Ini

Setelah hampir 2 tahun negara kita dilanda wabak COVID-19, ramai ‘frontliners’ menghadapi keletihan yang teruk demi menjalankan tugas menguruskan ribuan pesakit setiap hari.

Bagaimanapun, masih ada individu yang mementingkan diri sehingga menyusahkan tugas mereka.

Baru-baru ini, sebuah video yang memperlihatkan seorang pesakit yang sedang cuba untuk lari dari pusat perubatan telah menjadi tular di aplikasi TikTok.

Kantoi cuba panjat siling hospital

Menerusi video yang dikongsi oleh @pengiranadamharriez5775 itu, seorang lelaki dilihat ‘kantoi’ memanjat siling dipercayai untuk melarikan diri dari hospital.

Difahamkan lagi, pesakit berkenaan berjaya memanjat naik ke siling dengan cara meletakkan kerusi di atas katil. Namun, usahanya itu tidak membuahkan hasil apabila pihak keselamatan tiba ke lokasi kejadian dan menenangkan pesakit itu.

Oleh kerana perbuatan pesakit tersebut, habis kecoh 1 hospital. Mana tidaknya ramai yang bimbang jika berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini pula.

Setelah dipujuk, akhirnya dia melompat turun apabila ditenangkan oleh petugas hospital dan pihak keselamatan. Namun begitu, sumber tidak menyatakan sama ada pesakit itu positif COVID-19 ataupun tidak.

Malah, punca sebenar kejadian juga tidak dinyatakan oleh individu yang memuat naik video berkenaan.

Sudah baca artikel ini?Jagan lupa like dan share ya.Terima kasih.

Sumber:ohmymedia.cc

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!