Mengalir Air Mata Seorang Lelaki,Tak Sangka Yang Kekasih Tinggalkan Semata-Mata Nak Duit

Mengalir Air Mata Seorang Lelaki,Tak Sangka Yang Kekasih Tinggalkan Semata-Mata Nak Duit

Bagi pasangan bercinta, pemberian hadiah adalah sangat bermakna sebagai tanda penghargaan dan kenangan suka duka ketika bersama.

Namun apabila hubungan terputus di tengah jalan, barang hadiah disifatkan perlu dilupakan dengan melakukan pelbagai cara seperti membuang, membakar atau memberikan kepada pemilik asal.

Baru-baru ini, seorang pemuda kecewa apabila seorang gadis dipercayai teman wanitanya memulangkan kembali anak patung teddy bear yang dihadiahkan selepas bertemu dengan kekasih lelaki baru.

Menerusi sebuah video tular di platform TikTok, gadis itu berada di luar kenderaan kekasih barunya sebelum didatangi pemuda tersebut di kawasan parkir kereta.

Kemudian, pemuda itu dilihat seolah-olah bertanya siapa gerangan lelaki di dalam kenderaan tersebut, namun gadis itu terus bertindak mengeluarkan teddy bear dari kereta dan mencampakkan kepada kekasih lamanya.

“Sekarang dah tahu sebab apa kau pilih dia. P/s dia tak nak pun teddy bear tu, boyfriend (baru) dia dah belikan yang baru so yah,” tulis kapsyen video tersebut.

Selepas gadis tersebut dan kekasih barunya beredar, pemuda itu menunjukkan ekspresi sedih sambil mengesat air mata dan membawa anak patung berkenaan masuk ke dalam rumah.

Video berdurasi 56 saat itu ditonton hampir 812,000 kali selain dihujani 8,174 komen netizen yang meluahkan reaksi masing-masing terhadap situasi terbabit.

Sudah baca artikel ini/jangan lupa untuk like dan share ya.Terima kasih.

Sumber:ohmymedia.cc

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!