Bibik dah pesan kalau nak asah kuku pegi cari kapet yang dah beli tu. Inilah akibatnya tak dengar cakap.

Bibik dah pesan kalau nak asah kuku pegi cari kapet yang dah beli tu. Inilah akibatnya tak dengar cakap.

Gelagat kucing itu yang tersangkut kakinya pada sofa itu turut mencuit hati netizen ditambah pula dengan reaksi comelnya ini. Malah netizen juga turut sama ‘geram’ melihat kecomelan dan kenakalan kucing ini yang akhirnya terpaksa meminta bantuan daripada pemiliknya sendiri.

Pemilik kucing tentunya cukup faham dengan telatah kucing yang gemar mencakar di sofa walaupun anda sudah menyediakan pencakar buat mereka. Sama macam situasi yang dikongsikan ini apabila kucingnya berada dalam masalah selepas kantoi mencakar di sofa oleh pemiliknya ini.

Gelagat kucing tersangkut pada sofa ini hanya disedari kemudian oleh pemiliknya apabila kucing itu dilihat langsung tidak berganjak dari situ. Lebih mencuit hati, kucing itu beberapa kali dilihat cuba mengeluarkan sendiri kakinya yang tersangkut pada sofa namun tidak berjaya.

Di dalam video yang dikongsikan ini, kucing itu dilihat berada di sebelah sofa semasa dirakamkan oleh pemiliknya ini. Rupa-rupanya, kaki kucing itu tersangkut pada sofa semasa dia sedang sibuk mencakarnya.

 

Di ruangan komen, netizen turut sama ‘geram’ melihat kenakalan kucing tersangkut ini yang akhirnya memakan diri. Ada juga netizen yang pernah melalui situasi yang sama apabila kucing mereka juga pernah melakukan perkara yang sama di rumah.

Pemiliknya kemudian membantu kucing itu mengeluarkan kakinya yang tersangkut di mana kedua-dua kuku kakinya tersangkut pada sofa. Sebaik sahaja selesai mengeluarkannya, kucing itu hanya duduk diam sambil memandang pemiliknya seolah-olah malu dengan apa yang terjadi.

“Dasar kucing beban negara. Nasib baik comel.”

“Kucing ni comel je tapi bila buat masalah, menyirap je…”

“Bagusnya kucing dia tak jerit-jerit pun.”

“Rasa macam nak culik je kucing tu.”

Sumber: imuslimnetwork.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!