Minuman Murah Ini Mampu Kempiskan Perut Dan Mencuci Usus Anda

Masalah pencernaan adalah keadaan yang biasa dialami oleh ramai orang pada zaman sekarang. Kita tahu, masalah seperti kembung perut, sakit ulu hati, sembelit dan senak perut sudah tidak asing lagi kita dengar dari teman atau orang terdekat kita.

Tak mengherankan, kerana usus adalah bahagian yang tak terlepas dari keracunan setiap hari, tambahan kurangnya makan makanan nutrisi dan serat yang biasanya kurang pada makanan modern. Inilah alasan yang paling munasabah, kenapa banyak orang memiliki masalah pada sistem pencernaan mereka.

Pasti ada dikalangan anda yang mengalami kesukaran untuk membuang air besar lebih-lebih lagi di waktu pagi. Masalah ini boleh diklasifikasikan dengan masalah sembelit dan pastinya ia sangat-sangat membuatkan kita tidak selesa dan menggangu aktiviti harian. Masalah usus jika dibiarkan mampu memberi kesan yang sangat merbahaya kepada sistem tubuh badan lebih-lebih lagi sistem pencernaan.

Dan lebih membimbangkan lagi, penyakit yang berpunca dari masalah penghadaman adalah punca keenam kematian di hospital kerajaan sepanjang 2008.

Masalah usus lebih terdorong kepada masalah perut buncit dan semestinya ia akan mencacatkan penampilan seseorang.

Tahukah anda bahawa amalan minum yogurt drink seperti yakult, vitagen dan sebagainya dapat menjadikan usus anda sentiasa dalam keadaan baik.

Tetapi ada satu lagi elemen yang wajib ada untuk menyingkirkan segala sisa makanan dan selaput yang tersangkut pada saluran usus sekaligus mengempiskan perut.

Memetik dari portal Vitdaily ada mendedahkan rahsia paling mudah dan murah yang anda hanya boleh dapatkan di kedai atau pasaraya dengan kos lebih kurang RM9.

Jika anda sayangkan usus anda, sila ikuti tips di bawah;

  • Nata De Coco+ Yakult
  • RM 4.00 + RM 5.oo
  • RM 9.00

Minum Yakult bersama Nata De Coco. Itu sahaja.

Kos untuk kedua-kedua minuman ini hanyalah lingkungan RM9. Jika anda berkunjung ke Tesco, mungkin harga kedua-dua minuman ini lebih murah dijual.

Cara penyediannya pula amatlah ringkas, buang air manisan nata de coco dan gantikan ia dengan air putih.

Ambil sebotol minuman yakult dan campurkan bersama-sama 12-15 kiub nata de coco.

Amalkan minum setiap kali bangun tidur (sebelum sarapan) dan sebelum tidur. (2 kali sehari)

Menurut Vitdaily, rahsia minuman bajet ini telah disyorkan oleh seorang doktor perubatan dan pastinya ia selamat dan berkahsiat.

Kesimpulannya, tidak perlu menghabiskan duit yang banyak untuk membeli sebarang supplemen atau ubat. Hanya perlukan RM9 di dalam poket, usus anda sihat, perut anda kempis.

Cubalah..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!