Mengidam Nak Naik Kereta Kebal, Permintaan Ibu Hamil Ini Akhirnya Tertun4i!

kereta kebal

Mengidam adalah perkara yang normal semasa kehamilan. Ia bermaksud perasan keinginan yang kuat dan secara tiba-tiba sama ada makanan, perbuatan dan sebagainya. Bahkan, ramai ibu mengandung yang mengidam benda-benda pelik tak terfikirkan dek akal!

Begitulah yang dialami oleh wanita hamil ini. Bukan alang-alang tau, mengidam nak naik kereta kebal!

kereta kebal

BACA JUGA: Ternampak Seorang Pakcik Ikat Selipar Yang Putus Guna Benang Je, Sedihnya!

Mengidam Nak Naik Kereta Kebal

Baru-baru ini, tular kisah seorang ibu hamil yang mengidam nak menaiki kereta kebal. Kisah tersebut dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok, Omma Ellysha, yang juga merupakan ibu kepada wanita hamil tersebut. 

Wanita hamil tersebut menghantar satu mesej kepada ibunya yang membuatkan ibunya terkejut. 

“Nak naik kereta kebal” – tulis wanita hamil itu dalam mesej tersebut. 

kereta kebal

Perkara ini membuatkan ibunya terkejut dan tak tahu nak buat apa. Nak dibiarkan saja, kesian pula melihat anaknya (wanita hamil tersebut). Sampai menangis-nangis nak naik kereta kebal. 

Disebabkan tidak sampai hati, akhirnya beliau pun memuat naik video Tiktok mengenai anaknya dan meminta bantuan & cadangan orang ramai untuk membantunya merealisasikan impian anaknya itu.

“Pagi2 kak ngah whatsapp ibu..nak naik kereta kebal…mana ibu nak cari kak ngah oii .pelik2 mengidam dia..minta kuasa viral tik tok..bantu anak omma merealisasikan impiannya…lepas mengidam jadilaa..”

@omma_ellysha76

pagi2 kak ngah whtsap ibu..nk naik kereta kebal…mana ibu nak cari kak ngah oii .pelik2 mengidam dia..minta kuasa viral tik tok..bantu anak omma realisasikan impiannya…lepas mengidam jadilaa..#kuasaviraltiktok #angkatantenteramalaysia #tenteradaratmalaysia #keretakebal #fypシ

♬ bunyi asal – Fahmie Izwan – Fahmie Izwan

Nak Naik Kereta Kebal Yang Bergerak, Cadangan Ibu Pergi Muzium Ditolak 

Pada mulanya, ibunya mencadangkan untuk pergi muzium tengok kereta kebal. Tetapi, cadangan ibunya itu ditolak keranda wanita hamil tersebut nak kereta kebal yang bergerak. 

dia nak yg bergerak pulak..tknk yg kat muzium..mana ibu nak cari.mengidam jenis apa kak ngah oiii…nk bagi ibu cucu lelaki yee..alhamdulillah..ibu cuba tunaikan permintaan kak ngah..semoga dipermudahkan..”

Akhirnya..

@omma_ellysha76

♬ Gemuruh – Faizal Tahir

Ellysha kemudian mendapat cadangan seorang pengguna TikTok yang meminta dia ke kem tentera di Sungai Besi, Kuala Lumpur pada tengah hari 31 Ogos kerana pelbagai jenis kereta askar akan pulang selepas perarakan.

“Alhamdulillah..walau sesat..dgn jalan banyak yang tutup .kaki sampai jugak..dapat melalui info abam askar yg baik hati..semoga allah yg dapat membalasnya.”

Akhirnya, permintaan wanita tersebut pun berjaya ditunaikan. Lebar senyuman ibu hamil itu setelah dapat apa yang diidamkannya. Syukur. 

kereta kebal 1

Sumber: TIKTOK

_

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Berani Bangkit

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Artikal popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*