Ketika kita merasakan hidup kita susah, sebenarnya masih ramai lagi yang lebih susah. Ada yang hanya mampu makan sekali sehari, kerja daripada pagi ke malam semata-mata untuk memastikan dapat makan, nak beli barang keperluan lain pun berfikir banyak kali.
Terutamanya buat lelaki yang menjadi tonggak utama dan pencari rezeki untuk keluarga. Keutamaan keluarga sering didahulukan dahulu berbanding keperluan diri sendiri.
BACA JUGA: Pelajar Ini Tidak Tinggalkan Tunai Solat Dhuha Setiap Hari – S0lat Dhuha Petua Kejayaan
Ikat Selipar Putus Dengan Benang
Satu video yang telah dimuatnaik oleh seorang pengguna Instagram (zahirzxm) berjaya menarik perhatian warganet.
Video yang dirakam oleh pemuda tersebut memaparkan mengenai seorang pakcik yang mengikat selipar beliau yang putus hanya dengan menggunakan benang.
“Tadi aku ternampak pakcik ni ikat selipar dia yang putus guna benang” – tulisnya dalam video tersebut.
Sambil mengikuti pakcik tersebut, pemuda itu menawarkan bantuan dan ingin membelikan selipar baru. Namun ditolak oleh pakcik tersebut dengan alasan selipar beliau masih boleh digunakan.
“Mula-mula dia taknak aku tolong sebab dia kata; selipar pakcik masih boleh guna dik”

Tetapi, atas pujukan dan usaha pemuda itu, akhirnya pakcik tersebut bersetuju untuk membeli selipar baru. Beliau ditemani dengan pemuda itu pergi ke kedai selipar berhampiran. Selepas itu, pemuda tersebut turut membungkuskan pakcik itu makanan. Pakcik tersebut turut memberi pesan sekiranya masih mempunyai ayah, jagalah ayah sebaiknya.
Tindakan Pemuda Tersebut Dipuji Warganet
“Selagi ada ibu bapa jagalaaaaa baik-baik. Diorang dah tak der nanti nak menyesal … Nak ralat mcm² hal pun x guna. Dah x ada. Buat adik ni… Moga Allah rezekikan adik dgn rezeki yg sentiasa mengalir dan luas seluas air zamzam, dipermudahkan segala urusan dan sentiasa dalam lindungan dan dakapan rahmat dan kasih sayang Allah SWT. Aamiin Ya Rabbal’alaamiin 🤲🏻”
“Semoga adik ni di limpah kan rezeki”
“T.ksih masih ada org mcm awk, semoga murah rezeki aamin..”

Sebagai manusia, marilah kita sentiasa bersyukur dengan apa yang kita miliki dan jangan sombong untuk membantu orang lain yang memerlukan. Apapun, semoga pakcik ini sentiasa sihat dan dalam peliharaan Tuhan.
Sumber: FACEBOOK
_
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Berani Bangkit
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply