Menangis temui kebenaran, wanita pilih Islam selepas kaji pelbagai kitab

Allah itu wujud dan al-Quran itu benar. Apa yang berlaku di dunia pada ketika ini adalah dinyatakan di dalam al-Quran…”

Itu pengakuan seorang wanita warga Thailand, Pheemthana Shinawat apabila terbuka hati untuk memeluk agama Islam selepas mempelajari dan mengkaji kitab suci seperti al-Quran, Bible dan Anguttara Nikaya.

Berkongsi kisah di laman Facebook, wanita yang dipercayai menetap di Malaysia itu telah membuat perbandingan isi kandungan antara kitab agama tersebut sebelum menemui kebenaran yang dicari selama ini.

Setelah banding & gabung beberapa buku agama

Menurut Pheemthana, dia memilih agama Islam bukan kerana sebab-sebab tertentu sebaliknya atas dasar kepercayaan dan ketaqwaan pada Allah SWT selain masih mencari jalan untuk menjadi Muslim sejati.

“Saya masih mencari cara sebenar untuk menjadi Muslim dengan mempelajari agama Islam yang memberi ketenangan sebenar kepada jiwa saya,”

“Agama tidak bergantung pada nama tetapi siapa diri kamu,” tulisnya pada Selasa.

Selain itu, dia turut berkongsi video apa yang difahami mengenai ajaran dan tuntutan dalam agama Islam dan berjanji akan kekal istiqamah di jalan Allah sehingga hujung nyawa.

Tak mahu jadi Islam hanya pada nama…

Tiada paksaan, saya pilih dengan rela hati

Posting tersebut mendapat perkongsian sebanyak 5,600 kali dan 3,800 tanda suka serta ratusan komen netizen yang mengucapkan syukur kerana wanita berkenaan telah memperoleh Hidayah Allah.

Sumber : Facebook Pheemthana Shinawat / myteamnetwork

PERHATIAN: Pihak Kami myteamnetw0rk tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima kasih

Leave a Comment

error: Content is protected !!