Memilukan,Kucing Ini Menderita Perut Besar Berisi Nanah “Dipercayai Jadi Mangsa Tembak Senapang Angin”

Amat memilukan,masih wujud lagi individu yang tidak bertanggungjawab kerana sanggup melakukan kekejaman kepada haiwan.Tindakan yang dibuat amat tidak berhati perut dan seolah-olah mengambil ringan tentang  si kucing juga mempunyai hati dan perasaan yang sama seperti makhluk bernyawa yang lain.

Haiwan seperti kucing ini seringkali menjadi pilihan sebagai haiwan untuk dipelihara sebab sifatnya yang manja dan jinak mereka yang comel akan menambat hati sesiapa sahaja.

Baru-baru ini tular satu video di media sosial beberapa hari lepas memaparkan seekor kucing berwarna putih mempunyai tompok oren menderita masalah perut semakin membesar sehingga mengerikan apabila dilihat. Lebih menyedihkan, kucing ini juga menderita dan terlalu sukar untuk berjalan. Pada mulanya, tiada seorang pun tahu apa yang menjadi punca kucing ini menderita.

Setelah dibawa bertemu doktor pakar, dari situ mereka mengetahui perut kucing ini telah dipenuhi nanah, doktor mendakwa kucing ini telah ditembak oleh individu tidak berhati perut dan dipercayai menggunakan senjata sejenis senapang angin.

Kucing ini berjaya diselamatkan oleh pemilik pusat perlindungan haiwan yang lebih dikenali Rumah Singgah Clow. Semasa di pusat perlindungan ini, mereka membuka dana untuk menolong kucing betina ini bagi mendapatkan rawatan seterusnya.

Kucing ini berjaya diselamatkan selepas melalui pembedahan. Semasa nanah dikeluarkan daripada perutnya, doktor telah menjumpai 3 butir peluru yang dapat dikesan lebih awal setelah melalui imbasan x-ray.

Melihat diruangan komen, majoriti warganet menzahirkan rasa syukur kerana penderitaan si kucing comel ini berakhir dengan kejayaan. Mereka juga tidak menyangka bahawa wujud lagi manusia yang tergamak membuat tindakan terlammpau kejam sedemikian dan sanggup menyiks4 haiwan ini sedemikian.

Setelah penderitaannya semakin kurang, khabarnya bahawa si bulu comel ini akan dijaga oleh seorang individu yang berhati mulia. walaubagaimanapun, si kucing yang comel ini akan bertemu dengan penjaga baharunya setelah tempoh waktu  rawatannya berakhir.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!