Dipercayai Lupa Untuk Membuka Tali Ikatan Jenazah, Kubur Penduduk Dilaporkan Digali Semula
Tular baru-baru ini, Kubur seorang penduduk dilaporkan digali semula kerana ikatan tali pada jenazah lupa dilepaskan. Perkara itu dilakukan atas permintaan keluarga jenazah tersebut, lapor Detik.com.
Menurut ketua kampung Bulusan, Heri Purwoko, pada awalnya keluarga tersebut memberitahu kepada penghulu mengenai tali ikatan jenazah yang lupa dibuka. Bertindak dengan laporan itu, penghulu segera menghubungi polis dan sukarelawan untuk perancangan untuk menggali semula kubur tersebut.
“Memang benar kubur itu digali semula dan tali ikatan jenazah dilepaskan,” kata ketua kampung. Jenazah itu adalah penduduk Kampung Bulusan, Kabupaten Karangdowo, Klaten, Jawa Tengah. Dia dilaporkan meninggal dunia akibat sakit jantung pada hujung minggu lalu.
Walau bagaimanapun, ketika digali semua, sememangnya benar ikatan pada jenazah itu belum dibuka. Setelah dibuka, jenazah itu dikebumikan semula.
BB: Sedarlah wahai umat manusia, kematian itu tidak kira waktu. Bila-bila berlaku.
Sumber: Detiknews / Siakap keli
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Berani Bangkit