Seorang Lelaki Lari Daripada Pusat Kuarantin, Mahu Sebarkan Virus. Stress Kerana Dijangkiti Covid-19
Dikeranakan oleh tertekan akibat dijangkiti Covid-19, seorang lelaki lari dari pusat kuarantin dan ingin sebarkan virus kepada orang lain.
Tindakan ini bukan saja menimbulkan kemarahan penduduk setempat, tetapi juga isterinya yang nekad memberi izin kepada orang lain untuk membelasah suaminya yang bertindak di luar batas.
Lelaki Lari Dari Pusat Kuarantin
Seorang lelaki yang disahkan positif Covid-19 di Jakarta, Indonesia bertindak di luar kawalan apabila melarikan diri dari pusat kuarantin dengan niat mahu menyebarkan wabak itu kepada penduduk kampungnya, lapor laman Digtara.com.
Salamat Sianipar, 45, dikatakan sengaja meludah ke atas tapak tangan untuk menyebarkan Covid-19 kepada penduduk kampung Pardomuan, Silaen, Toba di Sumatera Utara.
Mahu Sebarkan Virus
Menerusi satu video yang dimuat naik di Instagram, kelihatan orang ramai memukul Salamat dengan menggunakan kayu.
“Suami saya cuba untuk menyebarkan virus Covid-19 kepada orang ramai jadi dia terpaksa dipukul,” kata isteri Salamat, Risma Sitorus.
Tertekan Dijangkiti Covid-19
Pada 21 Julai lalu, Salamat telah melarikan diri daripada pusat kuarantin dan pulang ke rumah akibat tertekan kerana dijangkiti Covid-19.
Menurut Risma, suaminya itu kemudiannya keluar berkeliaran di kawasan kampung, meludah tapak tangannya dan cuba memegang penduduk setempat sambil menjerit dirinya negatif Covid-19.
Kejadian tersebut menimbulkan kemarahan penduduk sebelum sekumpulan pemuda mengambil kayu dan cuba memukul Salamat namun lelaki itu berjaya lari ke dalam sebuah hutan.
Salamat berjaya ditemui pada 23 Julai lalu kira-kira pukul 10 malam waktu tempatan dan dibawa ke Hospital Porsea, Sumatera Utara.
Saudara kepada Salamat, Erik Sianipar berkata tindakan mereka memukul bukan untuk menganiayanya namun mereka hanya mahu menenangkan lelaki itu memandangkan dia positif Covid-19. -Agensi
Macam-macam perangai manusia. Diri sendiri tertekan dengan Covid-19, boleh pula dia ingin sebarkan virus kepada orang lain. Sepatutnya dia duduk diam-diam agar tidak menjangkiti orang lain pula.
BB: Harap semua boleh bekerjasama ya.
Sumber: Kosmo Online / Mingguanwanita
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Berani Bangkit