Lan Pet Pet Memang Talented La. Bagi Lah Apa Saja Pasti Menggamit Hati

Siapa je yang tak kenal dengan pelawak dan juga pelakon terkenal yang dikenali sebagai Lan Pet Pet ni kan. 

Mazlan bin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Lan Pet Pet (lahir 20 Mei 1969) ialah seorang pelakon, penyanyi, pengacara dan pelawak Malaysia. Beliau adalah merupakan salah satu anggota kumpulan Senario. Bakat seni yang beliau miliki memang tidak dapat diragukan lagi. 

Lan Pet Pet, Bukan Setakat Pelawak, Jadi Pemain Drum Pun Boleh

lan pet pet

Dalam sebuah video yang dimuatnaik oleh sebuah akaun Facebook, Lan Pet Pet kelihatan begitu asyik memainkan drum mengiringi lagu bahasa asing. Seronok je tengok beliau memainkan drum tu. Nampak macam pemain drum profesional pun ada!

Beliau yang terkenal dalam bidang lakonan, nyanyian dan lawak juga pandai bermain drum rupanya. Memang serba boleh sungguh. Tak nampak kekok pun main drum. Mungkin beliau sudah biasa. Lagu pula bukan lagu biasa-biasa tau, lagu bahasa asing. 

Gelagat beliau yang mencuit hati sambil bermain drum membuatkan beliau menjadi tumpuan. Ada-ada sahaja kelakuan beliau yang menarik perhatian. Memang penghibur sejati. 

Perkembangan terkini, beliau memberitahu kini beliau sedang bergiat aktif dalam bidang perusahaan dan hartanah. Beliau mengusahakan beberapa projek hartanah bersama sahabatnya iaitu Datuk Dr Rosdi. Gara-gara kesibukan dengan perniagaan itu, Lan berkata beliau terpaksa menolak beberapa tawaran menjayakan projek bersama kumpulan Senario.

 

BACA JUGA: [VIDEO] Usaha Keras Si rider, Tak Sanggup Melihat ‘Blender’ Ibunya R0sak – Diam-diam Dia Gantikan Yang Baru

Komen Warganet

Dalam ruangan komen, ramai peminat beliau yang menunjukkan rasa sokongan dan juga komen positif untuk beliau. 

“Pandai hang main drum nooo…laaan..iring lagu Siam PLK tu memang hang pandai cakap Siam pun …terbaik”

“Semoga Lan Pet Pet sentiasa dlm rahmat & kasih sayang Allah hendaknya… in shaa Allah”

“Terbaik la lan, orngnya pon tak sombong, Jenoh gelak klau sapa pernah jumpa dngan lan ni👍👍”

“Semoga abg lan pet2 sentiasa sehat murah rezeki ….aamiin.Abg lan awet muda la dia “

“hebat abglan senario pelawak hebat terbaik malaysia..”

“Muda jer abg lan pet pet ni.. Xmkn diusia👍👍👍lawak btl😀😀😀”

“Steady.. lan pet2 ni baik org nya.. sporting giler.. semoga abg lan success”

lan pet pet

Sumber: FACEBOOK

_

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Berani Bangkit

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk menapis komen-komen tersebut.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!