Lalu Kedai Mainan, Bapa Ini Kongsi Tip. Anak Tak Jadi Buat Drama Air Mata!
Permainan dengan anak kecil ibarat tak boleh berpisah. Tambah lagi bila melalui kedai permainan, boleh buat anak-anak ‘hilang arah’ melihat susunan mainan sehingga kalau boleh tak mahu berganjak atau rela pusing sebanyak mungkin semata-mata nak dapat permainan yang disukai.
Walaupun dah ada pelbagai mainan dari sekecil-kecil hingga yang besar di rumah, tetapi tiap kali keluar mesti keinginan nak beli itu ada. Inilah yang dinamakan lumrah buat anak-anak sementara tunggu nak besar
Mungkin bila anak dah besar sikit, ibu bapa ada idea lain pula untuk buatkan anak tak rasa seperti ‘terpaku’ bila melalui kedai permainan.
Bagaimanapun, perkongsian seorang individu di TikTok yang cuba mengalih perhatian anak ketika lalu di hadapan kedai mainan mungkin boleh dicuba oleh ibu bapa lain. Betul setiap anak berbeza, tetapi tak salah cuba.
Dalam video tersebut, kelihatan seorang bapa mendukung anak perempuannya itu dan berlari sambil menutup mata kanak-kanak itu.
Anak pun seolah-olah ditutup pandangannya sekejap dan selepas melalui kedai tersebut barulah diturunkan semula dan berjalan macam biasa.
Menerusi ruangan komen, ramai yang terhibur dan ada juga yang meluahkan hasrat untuk mencuba tip yang sama jika situasi itu berlaku kepada mereka.
Malah, ada juga yang berkongsikan tip masing-masing seperti menolak stroller anak atau troli laju-laju, sanggup buat U turn atau cari jalan jauh sikit dan sebagainya.
Idea bagus!
Sekli tengok taktik ayah ini nak ketawa pun ye. Tapi apa-apa pun setiap ibu bapa ada pendekatan masing-masing.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Follow dan Like kami di Berani Bangkit
Sumber : Majalahpama / Tiktok