Kucing tidur didalam keadaan lapar undang sebak ramai

Seperti yang ramai tahu bahawa, kucing yang berada di jalanan tidak sama nasibnya dengan kucing peliharaan dimana makan dan minumnya terjaga, kesihatan dan tempat tinggal diberi dengan penuh keselesaan oleh tuan mereka.

Jadi perkara itu mengundang lebih ramai pencinta kucing untuk sering meninggalkan atau memberi makan kepada kucing jalanan dengan membawa makanan haiwan terbabit yang disediakan apabila terjumpa.

Begitu jugalah yang dilakukan oleh seorang pemuda baik hati ini apabila perkongsiannya juga mengundang wargamaya merasa sayu.

Melalui satu rakaman video yang dimuat naik oleh pemilik akaun TikTok atas nama Sinyoramdhani memaparkan kisah sedih seekor kucing yang dijumpainya dalam keadaan lapar.

Namun begitu lebih mencetuskan rasa sayu wargamaya lagi apabila demi menahan rasa lapar itu, haiwan tersebut tidur.

@sinyoramdhanisudah berapa lama kamu menahan lapar ?? 😿#tebarkasih #kebaikan #WeDOIndonesia #fypシ #catlover #cat

♬ when she loved me cover by katelyn lapid – LYN

Perkongsian di TikTok itu mengundang wargamaya meluahkan rasa sedih mereka melihat keadaan dan nasib kucing tersebut yang dapat dilihat betapa laparnya kucing itu selepas diberikan makan.

Sumber : himpunanceritalawak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*