Si Gebu Layan Gadis Bercakap, Ramai Yang Geram Tengok Kucing Bijak Ini
Sudahlah comel, bijak melayan dan mengambil hati pula. Jadi memang tidak hairanlah mengapa kucing antara haiwan yang cukup rapat dengan manusia.
Siapa sahaja yang tidak geram dengan haiwan berbulu halus spesis kucing ini. Perangai dan tingkah laku haiwan ini kadang-kadang memang menghiburkan pemiliknya. Pencinta kucing semestinya tahu gelagat comel kucing mereka.
Kedengaran gadis ini bercakap dengan haiwan kesayangannya. Apa yang mencuri perhatian ramai adalah gelagat si gebu layan gadis bercakap dan haiwan ini seakan faham apa yang diperkatakan.
Walaubagaimanapun rakaman beberapa ekor kucing bersama gadis yang dikongsikan baru-baru ini telah mencuri perhatian ramai. Dalam perkongsian tersebut kelihatan seorang gadis bersama beberapa ekor si bulus.
Berikut adalah perkongsian rakaman telatah si comel bersama gadis ini :
Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai rakaman ini di ruangan komen
Gaya si bulus tu nampak macam faham sungguh! Apa-apa pun perkongsian rakaman si gebu melayan gadis bercakap yang dimuat naik menerusi seorang pengguna Tiktok dengan nama akaun nurinafiqaaah ini telah meraih lebih 1.9 juta tontonan dan 200 ribu likes.
“Omg kenapa comel dan pandai sangat ni.”
“Diorang dah lama rancang tak nak cakap dengan kita, tak nak senyum dengan kita, kita je lalai.”
“Meowww..Nampaknya mereka faham tugasan diberi”
“Gula kapas bergerak”
Sunber: imuslimnetwork.com