“Balik-Balik Bagi Salam…” – Gelagat Kucing Balik Rumah Raih Perhatian
Lain pula yang terjadi kepada seekor kucing oren ini. Dah la datang rumah orang tetapi buat macam rumah sendiri pulak tu. Lawak betul la Si Oyen ni. Situasi tersebut dikongsikan seorang gadis apabila seekor kucing yang menganggap rumahnya seperti rumah Si Oyen sendiri.
Pemilik kucing mesti sudah biasa menerima kehadiran kucing-kucing lain yang datang ke rumah untuk makan atau sebagai tempat berkawan sahaja bersama-sama kucing miliknya. Tetapi biasanya juga kucing-kucing itu akan balik ke tempat atau rumah mereka selepas itu.
Tidak mempunyai malu dan takut dah si oyen itu sampaikan boleh berbaring dengan selesa seperti rumahnya sendiri dah. Malah netizen turut berseloroh oyen selalunya memang tidak tahu malu dan tidak takut melepak di rumah orang lain seperti ini.
Menurut seorang gadis iaitu pemilik seekor kucing yang diberi nama Habuk, Si Oyen itu selalu datang ke rumahnya dan disebabkan dirinya adalah pencinta kucing jadi dia membiarkan sahaja si oyen datang dan makan makanan habuk tetapi sekarang Si Oyen siap duduk lepak dan berbaring di rumahnya seperti rumahnya sendiri.
Video :
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat selamba si oyen itu, malah ada netizen yang berseloroh yang mereka turut mengalami situasi yang sama dengan kucing yang sering berkunjung ke rumah mereka sama seperti si Oyen ini.
Sumber: imuslimnetwork.com