Koleksi Kereta Sultan Bernilai RM22 Bilion. Lebih Mahal Daripada Kelab Manchester United

Rasanya semua sudah tahu kekayaan Sultan Brunei dan minat Baginda mengumpul koleksi kereta mewah, Sultan Hassanal Bolkiah memang cukup terkenal di seluruh dunia.

Terbaru, kami tertarik dengan satu fakta yang dikongsikan Daily Star, di mana koleksi kereta mewah milik Sultan Brunei bernilai lebih daripada keseluruhan kelab bola sepak antarabangsa, Manchester United.

Berdasarkan laporan itu, koleksi kereta mewah milik Sultan Hassanal bernilai lebih 4 bilion pound iaitu RM22.57 bilion dan kelab paling berharga di dunia Red Devils pula hanya bernilai sekitar 3.08 bilion pound atau RM17.38 bilion.

Jumlah RM22.57 bilion itu mewakili sebanyak 600 buah kereta Rolls Royces, 570 kereta Mercedes-Benz, 450 kereta Ferrari dan lebih 380 kereta Bentley. Semua kenderaan mewah ini disimpan di dalam garaj istana Brunei.

Menurut laman sesawang Guinness World Records, Istana terbesar di dunia dilaporkan milik kerajaan Brunei iaitu Istana Nurul Iman yang terletak di Bandar Seri Begawan.

Istana Nurul Iman yang merupakan tempat Sultan ke-29 dan keluarganya bersemayam iaitu Raja Hassanal Bolkiah ibni Omar Ali Saifuddien III.

Menurut info dipetik Forum Cari, istana tersebut berkeluasan 200,000 m2 dan mempunyai 1,788 bilik.

Selain itu, mahligai itu juga mempunyai 257 bilik mandi dan dewan yang sangat besar sehingga boleh memuatkan 5,000 dalam satu-satu masa.

Malah, di dalam istana itu terpasang 200 pendingin hawa dalam kawasan kuda polo dan juga 5 kolam renang untuk kegunaan Sultan dan juga kerabatnya.

Istana Nurul Iman juga menempatkan garaj yang boleh mengisi 110 buah kereta serta mempunyai masjid besar di dalamnya.

Mahligai berskala mega itu telah direka khas oleh arkitek dari Filipina, Leandro V. Locsin dan juga pereka hiasan dalaman dari United Kingdom, Khuan Chew dan siap sepenuhnya pada tahun 1984.

Ianya menelan belanja sebanyak 1.4 billion dan tidak hairanlah jika Istana Nurul Iman digelar istana terbesar di dunia!

Semua ini sebenarnya tidak mengejutkan kerana lihat sahaja jumlah kekayaan bersih Sultan Hassanal yang dianggarkan sekitar 13 bilion pound atau RM73.36 bilion.

Harga keseluruhan dia bukan calang-calang ye! Apa-apa pun kita boleh tumpang gembira dengan saudara Islam kita yang diberikan keistimewaan Allah untuk peroleh kekayaan dunia ini.

Sumber: Daily Star

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!