Kini Zamani Jual Makanan Secara “online”, Tak Kisahlah apa Orang Nak Cakap
” Tak kisahlah orang nak cakap apa,”. Itu kata-kata Zamani Ibrahim yang mengulas tindakannya menjual makanan nasi udang Manila secara dalam talian. Menurut penyanyi kumpulan Slam ini, dia tidak kisah apa pandangan orang kerana tujuan utamanya ialah memanfaatkan peluang sementara namanya masih dikenal.
” Pada saya, kita kena bangunkan perkara ini sekarang, waktu kita masih ada populariti dan pekerjaan. Kalau sampai waktu populariti sudah merudum dan terdesak baru nak buat dan mulakan, mungkin akan menjadi satu tekanan hidup pula.
” Kalau bangunkan waktu sekarang, apabila buat perkara ini secara serius nanti orang sudah tahu dan namanya pun sudah kuat. Ia tak jadi masalah untuk pasarkannya,” katanya kepada HarianMetr0. Zamani, 51, berkata, dia cuba menceburi perniagaan itu sejak beberapa bulan lalu untuk mencari pendapatan sampingan
” Nasi udang Manila ini adalah resipi arwah ibu mentua saya. Ia sempat diturunkan kepada isteri saya, Julie dan dia yang masak. Penghantaran di kawasan terdekat dibuat oleh saya sendiri serta atas permintaan istimewa pembeli, manakala di kawasan agak jauh menggunakan penghantar makanan.
” Alhamdulillah, sambutan untuk menu ini agak okey. Namun kalau saya sibuk dengan aktiviti seni, ia terpaksa dihentikan sekejap,” katanya. Menurut Zamani, dia akan menyambung semula perniagaannya selepas ini secara dalam talian.
” Kami tak jual di restoran. Kami akan ambil pesanan secara “online” dan tengok pada sambutan. Tengoklah kalau berkembang, kami akan pergi ke arah yang lebih besar seperti buka restoran. Saya sebenarnya hantar sendiri tanpa caj dan peminat gembira dapat bergambar dengan saya. Setakat ini paling jauh saya buat penghantaran ialah ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA),” katanya.
Fakta Menarik Zamani Slam
1) Dilahirkan pada 25 Mei 1971, pemilik nama sebenar Zamani bin Ibrahim ini berasal dari Simpang Empat, Alor Gajah dan merupakan anak jati Taman Keramat, Kuala Lumpur.
2) Bergelar vokalis kumpulan Slam dari 1994 hingga 1999, sebelum menjadi penyanyi solo sejak tahun 2002.
3) Awal tahun 2015, beliau dit4ngkap kerana memiliki dan mengambil d4.dah, kemudiannya dirawat di pusat pemulihan.
4) Beberapa bulan menjalani rawatan, Zamani disahkan bebas daripada naj1s d4.dah dan akhirnya kembali membuat kemunculan semula dalam dunia muzik pada tahun 2016
5) Antara lagu-lagu popularnya seperti Kembali Terjalin, Tak Mungkin Berpaling, Nur Kasih, Gerimis Mengundang, Jika Kau Rasa Getarnya, Mentari Muncul Lagi, Rindiani, Kembali Merindu, Syair Si Pari-Pari dan Kala Hujan.
6) Lagu Gerimis Mengundang sewaktu menempa populariti luar biasa suatu ketika dahulu pernah dialihbahasakan kepada 21 bahasa di seluruh Asia.
7) Sebagai pelakon, Zamani pernah membintangi filem arahan Yusof Haslam berjudul Bara (1999), bersama Nasha Aziz dan Awie. Telefilem dilakonkannya pula ialah Syair Si Pari-Pari (2002) dan Celak Pak Andam (2009).
8) Sebelum menyertai kumpulan Slam Zamani pernah dahulu menyertai kumpulan rock 80an iaitu kumpulan Scalia atau lebih dikenali sebagai kumpulan Saga pada tahun 1989. Ketika itu beliau baru berusia 18 tahun.
9) Pada tahun 1993, ketika Shah Slam mengetepikan vokalis asal kerana tidak mencapai tahap dikehendaki, ujibakat diadakan bagi mencari vokalis baru. Atas cadangan Acong Sweet Child, akhirnya mereka ditemukan dengan seorang pemuda yang bernama Zamani.
10) Pada ketika itu, Zamani baru berusia 22 tahun dan bekerja sebagai kerani di salah sebuah bank terkemuka di tempatnya. Keunikan dan kemerduan suaranya jelas memukau pihak pengurusan dan anggota kumpulan yang lain.
11) Pada September 2018, beliau mengambil keputusan untuk menyertai rancangan realiti popular, Gegar Vaganza musim kelima, bersaing bersama 11 penyanyi iaitu Amelina, Safura, Maya Matahari, Noryn Aziz, Farawahida, Hetty Sarlene, Dia Fadilla, Shafie (Rio), kumpulan Elite, Forteen dan pasangan duo Billy Zulkarnain.
12) Setelah lama membujang Zamani akhirnya telah selamat Diijabkabulkan dengan gadis pilihan hatinya Nur Juliana Abdul Rani pada 20 September 2019.
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Sumber: hmetr0 dan wikipedia
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Like dan Follow Kami di Berani Bangkit Media