Benarlah kata orang, tak senang nak senang, tak susah juga untuk susah. Segalanya mempunyai jalan cerita tersendiri. Ujian dan turun naik kehidupan dalam dunia berbisnes setiap orang semua berbeza.
Jangan ingat semua orang buat bisnes terus naik je, pasti ada proses yang mereka lalui sebelum berjaya sehingga kini. Sama seperti kisah budak nakal dari 7 orang adik beradik ini. Pernah jatuh terduduk, dihina dan dimaki sehingga digelar budak yang tidak mempunyai masa depan.
Dulu, saya seorang budak yang degil, selalu ponteng sekolah sampai PMR pun saya tak attend, berkawan dengan budak-budak yang ‘liar’. Bahkan pernah saya di tahan di dalam lokap.
Hinaan dan makian yang mereka beri pada saya membuatkan saya lebih semangat lagi nak buat yang terbaik. Nak buktikan apa yang mereka kata tu semua tak betul.
Kesulitan hidup yang dihadapi membuatkan saya berdoa ” Ya Allah, kau bantulah aku untuk keluar dari kesulitan yang aku hadapi sekarang. Aku nak bantu lebih ramai lagi orang supaya mereka tak rasa apa yang aku rasa kini.”
Saya ambil langkah untuk mulakan bisnes pada tahun 2008 dengan membuka kedai telefon bermodalkan RM250 sahaja, tu pun pinjam duit adik, Syiham. Pada 2013, saya mula tambah produk dalam bisnes dengan membuat perniagaan ayam gunting di kaki lima.
Sebelum memulakan bisnes ni, saya memang suka sangat makan ayam gunting, boleh dikatakan peminat tegar! Dari situlah tercetusnya idea untuk mencuba perniagaan ini.
Alhamdulillah, dapat informasi daripada sahabat (Tuan Irfan yang merupakan seorang ‘Pilot’) tentang supplier ayam gunting. Sahabat perkenalkan saya dengan mereka. Syukur. kini perniagaan berjalan dengan lancar. Semakin hari mendapat sambutan yang semakin hangat dari warga setempat.
Ramai juga yang bertanya, macam mana nak buat bisnes ayam gunting. Dulunya saya hanya menjadi supplier kepada peniaga yang ingin memulakan perniagaan sendiri, dengan niat hanya nak bantu mereka untuk ubah hidup.
Masa tu tiada lori nak angkut stok. Jadi saya hanya gunakan perkhidmatan bas ekspres sahaja. Pos dari KL ke Kelantan. Sambutan sangat luar biasa sehingga hari-hari ayam kena pos naik bas, supplier pun pening nak handle order saya. haha
Sehingga supplier give up, dia request untuk tamatkan agreement dan refund semula fee. Beliau minta saya order terus stok dengan kilang ayam gunting.
Masa tu terduduk jugak, sebab baru dapat tahu orang yang supply ayam pada saya adalah seorang non-muslim. Saya pun balik bincang dengan Ma & Abah. Ma & Abah tak izin untuk teruskan sebab Ma dan Abah amat menitikberatkan konsep halalan toyyiban. Bila berniaga melibatkan produk makanan yang diragukan, mereka menentang habis-habisan.
Dari sini, Ma & Abah memberi cadangan untuk memproses ayam gunting sendiri. Aku terpaksa akur dengan cadangan orang tua ku untuk bangunkan kilang sendiri, tak salah aku gunakan duit yang aku ada ni untuk bantu mudahkan kerja orang lain alhamdulillah, sekarang kami sudah mempunyai kilang seluas 2 ekar, yang diusahakan bersama team.
Di awal pemprosesan produk sendiri, benarlah kata orang tidak semudah yang kita fikir, banyak dugaan yang saya hadapi, ayam rosak sampai ratusan ribu, lori bahan mentah terbalik sehingga ada yang total lost, stokis bawak lari duit. Tapi segalanya yang berlaku menjadikan saya lebih kuat dan menganggap itu hanya perkara biasa bila dalam bisnes. Banyak perkara lagi yang perlu saya fikir, daripada saya pikir benda yang sama banyak kali, boleh downkan diri saya sendiri dan memberi impak yang sangat negatif kepada staff-staff saya juga.
Dari hari ke hari, perubahan berlaku, bisnes semakin maju dan dikenali ramai orang. Kini saya dah ada cawangan di seluruh Malaysia. Bukan itu sahaja, produk kami juga mendapat permintaan dari negara luar seperti Thailand dan Indonesia.
Berkat berniaga ayam gunting, saya tidak menyangkakan saya sudah berada di tahap yang sebegini, boleh bantu lebih 500 orang yang pernah bekerja, stokis-stokis dan 1000 lebih kiosk member di seluruh Malaysia. Bukan itu je, produk Subdepo juga sudah mendapat kelulusan daripada HALAL & MESTI.
Alhamdulillah, hasil dari kutukan dan hinaan orang terhadap saya, kini saya dah berjaya dan mampu ada 2 orang isteri yang cantik dan manis iaitu, Ashreen Areen (FB) & Shafrina Zibidan (FB). Serta dikurniakan cahaya mata yang comel Afia Hilmi (FB). Selain tu, dapat beli kereta idaman saya, ada aset hartanah dan Arabian Horses yang diimpikan oleh semua orang serta berpeluang melancong di luar negara setiap tahun. Saya bersyukur kerana saya masih mempunyai kedua orang tua yang sentiasa menyokong saya.
Saya sangat bersyukur dengan apa yang saya ada sekarang. Berbekalkan kepercayaan keluarga dan Team Subdepo, saya nekad ingin mengembangkan lagi bisnes Subdepo Fried Chicken. Semoga misi Subdepo melahirkan usahawan yang bertaraf jutawan & saya nak ramai orang di luar sana mengikuti jejak langkah saya dimakbulkan oleh Allah. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Kalau kita nakkan sesuatu, kita kena usaha sampai ianya menjadi sempurna.
Buat semua yang diluar sana, saya betul-betul komited membantu Team Subdepo untuk berkembang lebih maju lagi kerana kejayaan yang mereka dapat menjadi 1 kebanggaan buat saya. Dendam yang saya miliki dulu, membawa sejuta makna dalam hidup dan perniagaan. Ini membuat saya sedar, bila nak buat sesuatu, kita kena ada push factor untuk kita berubah menjadi yang lebih baik dari yang dulu. Saya Mohd Hilmi Abd Ghani, Founder kepada Subdepo Fried Chicken, ingin membantu lebih ramai lagi untuk menjana pendapatan bersama Subdepo.
Sumber : siakapkeli