Kerusi Roda DIY Untuk Kucing Yang Lumpuh, Kreatifnya! – Tak Sampai Hati Lihat Kucingnya Lumpuh Tak Dapat Berjalan

Sebaik-baik manusia, adalah manusia yang bermanfaat. Begitulah yang boleh digambarkan apabila melihat kegigihan seorang pemilik kucing yang kehilangan kaki ini yang dipaparkan dalam sebuah video. Video yang dimuat naik semula oleh sebuah akaun Facebook itu berjaya mendapat lebih kurang 428k tontonan dan lebih 31k tanda suka. 

Kerusi Roda DIY Untuk Kucing

kerusi roda

Dalam video tersebut, seekor kucing yang kehilangan kaki belakangnya kelihatan sukar untuk bergerak dan berjalan. Ini menyebabkan tuannya, memikirkan cara bagaimana untuk membantu kucingnya. 

Tidak lama kemudian, beliau tampil dengan idea untuk mereka ‘kerusi roda’ khusus untuk kucingnya itu. Beliau membuat kerusi roda itu dengan menggunakan batang paip kecil yang berwarna putih dan sepasang roda. Kerusi roda DIY itu dibuat mengikut saiz badan kucing tersebut agar benar-benar muat. Kreatif sungguh!

Apabila kerusi roda itu siap, beliau pun memakaikannya kepada kucing tersebut. Wah, memang sesuai dengan kucing itu. Kini, kucing tersebut tidak perlu lagi menyeret bahagian belakang badanya apabila ingin bergerak. Kerusi roda DIY tersebut snagat membantu kucing tersebut untuk ke mana-mana sahaja. 

Baca juga: Oyen Ingatkan Anak Ayam Ini Ibunya, Siap Tidur Dalam Peluk4n Lagi!

Komen Warganet

Tindakan lelaki ini mendapat pujian warganet. Tidak semua orang akan mengambil peduli hal sedemikian apatah lagi berusaha untuk membantu. Namun, lelaki ini membuktikan sebaliknya. Sikap peduli beliau terhadap haiwan peliharaannya perlu dipuji.

“Terima kasih semoga Allah membalas dengan rezeki yang berlimpah”

“Betapa mulianya hati abg ini…semoga Allah swt memberi rezeki yg berlipah,dan kesihatan selalu amiinn…”

“Terbaik buat baik pada binatang. Semoga Allah permudahkan segala urusan.”

“Mohon detail cara membuatnya. Kucing saya ada juga yg lumpuh kaki belakangnya.”

“Masya Allah,semoga Allah melimpahkan berkah dunia hingga akhirat buat mas nya”

Sumber: FACEBOOK

_

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Berani Bangkit

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk menapis komen-komen tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!