Kerajaan Pahang M3neb4ng 15,000 Pokok Durian, Pekebun Kec4m Sikap ‘Angkvh’ Kerajaan
Sekumpulan pekebun durian m3ngec4m tindakan kerajaan negeri Pahang yang disifatkan ‘angkuh’ apabila menebang 15,000 pokok durian Musang King yang menjadi p3rtika1an dalam tempoh sembilan hari lalu di Raub.
Presiden Save Musang King Alliance (SAMKA), Wilson Chang dalam satu kenyataan berkata, penguatkuasaan yang dilakukan oleh Jabatan Perhutanan Pahang itu menambahkan kesulitan kepada pekebun.
“Di mata pihak Jabatan Perhutanan Pahang, 15,000 pokok durian hanyalah angka.
“Meskipun begitu, pokok-pokok ini adalah satu-satunya sumber mata pencarian bagi para pekebun, yang juga merupakan satu-satunya harapan mereka untuk terus hidup menghadapi wab4k ini.
“Tambahan pula, operasi pembukaan tanah melibatkan 250 hektar tanah dalam waktu kurang daripada dua minggu menimbulkan kesan yang tervk terhadap alam sekitar dan tidak dapat dipulihkan
“Oleh itu, alasan ‘melestarikan alam sekitar’ oleh jabatan perhutanan tidak boleh diterima dan hanya menjadikan jabatan itu sebagai bahan tertawa,” kata Chang dalam kenyataan.
Terdahulu, BH Online memetik Ketua Penolong Pengarah (Penguatkuasaan) Jabatan Perhutanan Negeri Pahang, Nor Azirim Ahmad yang menyifatkan kejayaan operasi menebang 15,000 pokok durian Musang King itu sebagai pencapaian yang tidak dijangka berbanding perancangan awal.
“Dalam tempoh sembilan hari, hampir semua 15,000 pokok durian Musang King yang tanam secara har4m dalam Hutan Simpan Batu Talam berjaya ditebang.
“Peringkat awal, ia dijangka mengambil masa selama sebulan.
“Pencapaian itu begitu membanggakan semua pihak terutama apabila dapat menyelesaikan tugasan berkenaan dalam jangka masa begitu pantas,” katanya.
Terdahulu, kerajaan negeri Pahang dan kumpulan pekebun durian berkenaan terlibat dalam pertikaian mengenai tanah yang diteroka di Raub dan membawa k3s itu ke mahkamah.
Kerajaan negeri mendkwa pekebun berkenaan meneroka tanah secara har4m dan berusaha mengus1r mereka bagi menyewakan tanah itu kepada sebuah syarikat yang merancang penanaman duriannya sendiri.
Syarikat itu, Royal Pahang Durian Resources-PKPP Sdn Bhd (RPDR-PKPP), adalah usaha sama antara kerajaan negeri dan syarikat yang mempunyai kaitan dengan kerabat diraja Pahang.
Para pekebun terbabit mendapat perintah penagguhan dari Mahkamah Rayuan, yang membolehkan mereka mengusahakan tanah itu sementara menunggu rayuan dibuat terhadap p3ngus1ran tersebut.
Namun, pada awal bulan ini, kerajaan negeri mula bertindak meneb4ng pokok durian di kawasan itu.
Kerajaan negeri berkata, pokok-pokok durian yang ditebang bukan berada di kawasan yang dipertikaikan, sebaliknya ditanam di hutan simpan yang berdekatan.
Sebaliknya, para pekebun terbabit berkata pokok-pokok durian berkenaan terletak di kawasan yang dip3rtik4ikan dan keputusan penangguhan oleh mahkamah juga merangkumi pokok-pokok yang berada di dalam hutan simpan itu.
Chang berkata, Samka akan mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan negeri dengan memfailkan permohonan mengh1na mahkamah.
Chang sebelum ini berkata proses penebangan pokok-pokok durian itu bermula pada 5 Julai.
Sehari sebelum itu, polis menahan Adun Tras, Chow Yu Hui bersama 18 pekebun durian yang lain, di tengah pertelingkahan dengan pihak berkuasa negeri.
Sudah baca artikel ini?Jangan lupa like,komen dan share semua..Terima Kasih Banyak!
Sumber:malaysiakini.com