Kematian Yang Dicemburui, Lelaki Meninggal Dunia Ketika Solat Tarawih

Kematian Yang Dicemburui, Lelaki Meninggal Dunia Ketika Solat Tarawih

Tidak cepat atau lambat walau sesaat, setiap manusia yang bernyawa pasti akan merasai mati. Sebaik-baik kematian itu pula adalah kematian husnul khatimah.

Ramai yang mendambakannya dan ada juga yang berdoa agar kembali kepada Allah SWT di bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

Baru-baru ini seorang lelaki berusia 55 tahun meninggal dunia ketika sedang melaksanakan solat tarawih di Masjid Babussalam, Indonesia pada Sabtu lalu.

Memetik laporan CNN Indonesia, kejadian itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) dan menjadi tular di media sosial.

Menerusi video tersebut, lelaki itu dilihat berada di saf pertama bersama jemaah lain dan sedang mengerjakan solat tarawih.

Tidak lama kemudian, dia tiba-tiba terjatuh dan berada dalam posisi seperti sedang bersujud.

Namun, setelah dia tidak lagi bangun dan meneruskan solat, beberapa jemaah kemudian dilihat menghampirinya untuk memeriksa keadaannya.

“Seorang jemaah dilaporkan meninggal dunia ketika menunaikan solat tarawih di Masjid Babussalam yang terletak di Jalan Margonda Raya, Gang Langgar, Beji pada Sabtu,” katanya.

Disyaki ada sakit jantung

Ketua Polis Beji, Pesuruhjaya Josman mengatakan bahawa mangsa disyaki meninggal dunia akibat penyakit jantung.

“Pasukan itu telah memeriksa dan mendapati bahawa Allahyarham menghidap penyakit jantung,” katanya.

Berdasarkan keterangan keluarga, lelaki itu pernah menyatakan ‘impiannya’ untuk meninggal dunia saat sedang beribadah di masjid.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh.

Sumber : Siakap keli

Artikal popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*