Apabila melihat kesusahan orang lain, ia mengajarkan kita erti syukur dengan segala nikmat yang kita miliki. Mungkin apa yang kita miliki sekarang, itulah doa orang lain panjatkan untuk dikabulkan.
Ibu & Anak Tidur Di Tepi Jalan
Dalam sebuah viral baru-baru ini, memaparkan keadaan seorang ibu dan anak yang masih kecil dan hidup di tepi jalan. Tiada siapa yang mahu hidup ditepi jalan, namun atas desakan hidup, mereka terpaksa lalui hidup sedemikian. Video tersebut telah dimuatnaik semula oleh pengguna Twitter, dan mendapat hampir 10k tontonan dan ciapan semula.
Wanita tersebut difahamkan adalah merupakan kepada ibu kepada 10 orang anak, namun hanya seorang anaknya yang masih kecil kelihatan bersamanya di dalam video tersebut. Lokasi ibu dan anak ini masih belum diketahui namun, mereka tidur di kawasan timbunan kain seperti yang terpapar dalam video tersebut.
Dalam video tersebut juga turut kelihatan, ada yang menghulurkan bungkusan makanan untuk wanita tersebut dan anaknya. Reaksi anak beliau, yang melambaikan tangan selepas itu menarik perhatian orang-orang yang berada disitu.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Semoga ibu dan anak tersebut sentiasa dilindungi Tuhan dan dimurahkan rezeki.
https://twitter.com/i/status/1570258641911185412
Baca Juga: Kucing Pelindung, Melindungi Rahma, Seorang Kanak-Kanak Yang Sering ‘Dig4nggu’ Semasa Tidur
Komen Warganet
Menjengah ke ruangan komen, ramai warganet yang turut bersimpati dengan keadaan ibu dan anak tersebut.
“Ya Allah Sian nye semoga akak tu dan anak akak tu di murah kan rezki dan dipanjang kan umur dan anak dia pun comel gila menangis Sye tengok video ni yelah kan nak tolong cm mne kita pun susah jugak cuma takde la seteruk cm ni just kalau DPT tolong pun cuma boleh bgi makan”
“aku ingat hidup aku da ckup susah..rupanya ade lagi orang yg lagi susah dari aku..🥺😢semoga Allah permudahkan segala urusan akak n keluarga..aamiin”
“serious aku tak sanggup tgk family susah yg ada anak kecil mcm ni. Sbb aku pun ada anak kecil. Aku struggle cuba nak selesa kan anak aku. Sedihnya lahai 😭😭😭 Semoga Allah luaskan rezki keluarga ni..”
“Ya Allah Sian nye semoga akak tu dan anak akak tu di murah kan rezki dan dipanjang kan umur”
Sumber: TWITTER
_
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Berani Bangkit
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk menapis komen-komen tersebut.