Buat diri kita yang dilahirkan serba sempurna anggota badan, bersyukurlah kita. Cuba bayangkan salah satu nikmat yang diberikan oleh Allah S.W.T kepada kita ini ditarik kembali. Biarlah bukan selamanya sekalipun hanya seketika, bagaimana agaknya perasaan dan keadaan kita?
Kebanyakan daripada kita hanya tahu erti bersyukur tatkala diri telah kehilangan nikmat tersebut. Jadi, akan ada banyak cara yang Allah S.W.T akan tunjukkan kepada kita supaya hadirnya rasa bersyukur itu dalam diri kita.
Seperti sebuah perkongsian yang dibuat menerusi video yang dimuat naik menerusi akaun Tiktok @asianordin dimana dia berkongsi video seorang pakcik buta yang benar-benar menyentuh emosi.
BUTA, NAMUN GIGIH UNTUK BERJEMAAH DI MASJID
Rakaman video telah diambil Asia dari jauh yang menunjukkan keadaan pakcik buta tersebut yang menanti di tepi jalan. Dia yang berada di kawasan Setiawangsa untuk dua hari sahaja tidak mampu untuk menolong pakcik ini setiap masa.
Jadi, perkongsian dia tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menyebarkan kepada orang awam yang berada berdekatan supaya bermurah hati membantu pakcik ini andainya berkesempatan.
ADA MASA MENUNGGU SEHINGGA BERJAM
Ada juga yang berkongsi cerita dengan Asia dimana pakcik ini kerap berada disini menanti insan yang baik hati yang sudi untuk membawanya untuk menunaikan solat berjemaah setiap kali masuk waktu solat.
Namun, ada ketikanya nasib tidak menyebelahi pakcik ini sehingga terpaksa menanti untuk satu tempoh yang lama. Mungkin ada yang risau andai ada modus operandi tertentu yang boleh mengancam nyawa.
Mungkin benar hanya insan yang dipilih oleh Allah S.W.T sahaja yang akan digerakkan hati untuk berhenti dan menyantuni pakcik ini dengan membawanya ke destinasi yang diingini.
ADA HAMBA ALLAH DATANG MENOLONG
Sewaktu dia merakam video tersebut, ada seorang lelaki dengan sebuah kereta berwarna putih yang telah berhenti dan menumpangkan pakcik ini. Semoga murah rezeki diatasi keikhlasan hati beliau itu.
VIDEO :
https://youtu.be/np0hgkgrWVo
KEINSAFAN BUAT DIRI
Menjengah ke ruangan komen, perkongsian ini sebenarnya seperti mengetuk diri kita untuk sedar dimana letaknya Allah didalam hati walaupun telah diberi nikmat anggota dan pancaindera yang sempurna.
Ada juga yang mengatakan bahawa walaupun buta mata kasar namun tidak mata hati kerana pakcik ini lebih nampak pahala yang ada dalam solat berjemaah berbanding kita yang celik ini.
RAMAI YANG SUDI UNTUK MEMBANTU
Ramai juga sebenarnya yang sudi untuk menghulurkan bantuan berdasarkan kepada soalan yang ditanya mereka dimana kebiasannya keberadaan pakcik ini. Jika tahu lokasi, mudah untuk mereka datang membantu.
Tidak kurang juga yang mendoakan supaya urusan pakcik ini sentiasa dipermudahkan dan urusan mereka yang membantu pakcik ini juga dipermudahkan.
SUMBER : TIKTOK @ASIANORDIN