‘Jenazahnya Masih Utuh Dan Cantik’ – Ayah Mengalih Kubur Anaknya Setelah Bermimpi Anaknya Meminta Untuk Dipindahkan Sebab Jiran Disebelah Tidak Solat

‘Jenazahnya Masih Utuh Dan Cantik’ – Ayah Mengalih Kubur Anaknya Setelah Bermimpi Anaknya Meminta Untuk Dipindahkan Sebab Jiran Disebelah Tidak Solat

Setiap manusia pasti pernah bermimpi dalam tidur. Mimpi itu adalah suatu mainan dalam tidur. Namun, mimpi juga adalah juga turut memberi petanda atau sebagai perantara dari seseorang yang telah pergi.

Seperti kisah lelaki ini yang bermimpikan anak gadisnya yang meminta dia memindahkan kubur walaupun setelah dua tahun meninggal dunia.

Dalam perkongsian daripada laman sosial Facebook Ashraf Muslim yang berkongsi satu video di mana menceritakan kisah kubur seorang gadis kecil yang sudah meninggal dunia dua tahun lepas tetapi kuburnya telah digali semula.

Dalam video yang tular berkenaan memperlihatkan di mana jenazah gadis berkenaan masih berada dalam keadaan elok dan dirinya diumpamakan seperti sedang tidur.

Berdasarkan dalam video berkenaan, gadis ini dipercayai datang ke dalam mimpi ayahnya dan meminta agar jenazahnya diubah ke tempat lain.

Ini kerana dalam mimpi berkenaan dia telah berkata seperti ini:

“Kemarilah engkau.. pindahkan kuburku kerana tetanggaku ini tidak pernah solat sampai akhirnya dia meninggal dan dikuburkan di sebelahku dan aku terganggu olehnya kerana azab”

Dan sesungguhnya apabila jenazah gadis berkenaan diangkat, kelihatan kain kapan menyelimutinya masih berada dalam keadaan yang sangat elok.

Malah raut wajah gadis ini juga erada dalam keadaan yang sangat tenang.

Dalam kaspyen ditulis oleh Ashraf Muslim, video ini memang begitu terkesan buat dirinya. Malah dia turut berasa cemburu dengan jenazah adik kecil ini dan berdoa agar Allah menolongnya untuk menjaga solat 5 waktu serta kuatkan imannya.

Allahuakbar.. Video ini mmg terkesan buatku. Rasa cemburu dgn jenazah adik ini. “Ya Allah.. tolonglah aku utkku menjaga solat 5 waktu setiap hari dan kuatkan imanku ini, matikanlah aku dalam keadaan yg dimulai olehmu dan tempatkanku bersama mereka yang beriman sewaktu ku dialam barzakhmu..amin”

Sumber: Kashoorga / Majalah Ilmu

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Berani Bangkit

Leave a Comment

error: Content is protected !!