Firdaus Wong Mahu Beri Saguhati Untuk Nadir Al-Nuri, ‘Allah Pilih Dia Wakil Kita Di Gaza’
Macam yang banyak tahu, sebelum ini pendakwah bebas Firdaus Wong yang berpegang pada prinsip kebenaran, lantang memaklumkan kepada orang ramai bahawa beliau memberi sokongan penuh terhadap penyanyi rap Caprice.
Kali ini, Firdaus menunjukkan sokongannya kepada Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri dan ingin menghadiahkan wang saguhati buatnya.
Menurut pemilik nama Firdaus Wong Wai Hung tersebut, dia ingin menghulurkan wang saguhati itu selepas mendengar penjelasan penuh terperinci oleh saudara Nadir sewaktu program Townhall CGM tersebut.
Berhasrat ingin beri saguhati buat Nadir
“Selesai program, saya minta Muhammad Nadir bagi nombor akaun peribadi untuk kami berikan sedikit saguhati. Dalam hati saya, Allah pilih dia (Muhammad Nadir) wakil kita di Gaza,” katanya.
Nadir tolak, minta sumbang ke pada CGM
Bagaimanapun, Firdaus bercerita bahawa Muhammad Nadir telah menolak wang saguhati itu tetapi meminta untuk menyumbang kepada CGM.
Justeru itu, beliau mendoakan semoga Allah merahmati serta memelihara saudara Nadir dan berpendapat Allah telah memilih Nadir sebagai wakil Malaysia di Gaza.
Terdahulu, Nadir dalam sesi townhall menegaskan hanya mengambil 3 peratus daripada dana RM20 juta untuk membayar tenaga kerja pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Penjelasan itu sekali gus telah menjawab persoalan Pendakwah Popular, Ebit Lew yang mempersoal tentang dana yang disalurkan kepada CGM.
Sumber: Twitter Firdaus Wong / Ohmymedia
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Berani Bangkit