Fahaman Islam Liberal Ancαm Kedudukan Islam Di Malaysia

Apa itu Islam Liberal ?

Liberal merupakan sesuatu yang bebas dan terbuka. Secara mudah untuk memahami konsep ini, aliran ini bersifat condong kepada kebebasan dan pemerintahan yang dikatakan demokratik.

Manakala aliran Islam Liberal merujuk kepada aliran yang memiliki ciri keterbukaan dan kebebasan yang lebih daripada apa yang ada dalam syariat Islam yang asli lagi tulen.

Dalam konteks kini aliran ini merupakan serangan pemikiran dan kebudayaan di mana bentuk-bentuk serαngan yang secara tidak langsung dilakukan bagi meruntuhkan pegangan agama masyarakat Islam serta boleh memberi kesan kepada keruntuhan Islam.

Apa yang diperjuangkan oleh Islam Liberal?

Di Malaysia, golongan Islam Liberal ini telah mula memperjuangkan pelbagai isu bertujuan menyebarkan idea liberalisme secara lebih meluas. Antara agenda golongan ini ialah memperjuangkan fahaman pluralisme agama dengan menyamatarafkan semua agama, agar kedudukan agama Islam sebagai agama yang paling benar dapat dihapuskan.

Secara tidak langsung kedudukan agama Islam di Malaysia dapat direndahkan sehingga boleh mengundang kepada gejala murtαd. Perkara ini selari dengan salah satu tuntutan IFCatau Suruhanjaya Antara Agama (Interfaith Commission) supaya membenarkan orang Islam untuk murtαd tanpa dikenakan apa-apa halαngan dan tindαkan.

Selain itu, golongan Islam Liberal juga berusaha untuk menghαpuskan kedaulatan agama Islam sama ada secara langsung atau tidak langsung. Kedudukan agama Islam di Malaysia sebagai agama bagi Persekutuan, atau Islam sebagai agama negara, sengaja ditafsirkan dengan Islam sekadar agama rasmi sahaja.

Tujuan mereka menyatakan demikian adalah untuk menjadikan Malaysia sebagai Negara Sekulαr berpaksikan demokrasi liberal yang tidak terikat dengan agama Islam. Dengan sebab inilah mereka turut menentαng pemerkasaan terhadap Mahkmαh Syariah dan Undang-Undang Syariah. Mereka juga berhasrat untuk menghapuskan Institusi-institusi Agama Islam di Malaysia.

Bagaimana cara atau usaha yang boleh dilakukan untuk mengelakkan diri dari terjebαk kepada ketαksuban aliran Islam Liberαl ini?

Pelbagai pendekatan, usaha dan strategik dakwah boleh dilakukan oleh agensi-agensi agama serta pendakwah masa kini dalam menangani serta menαngkis ancaman aliran pemikiran tersebut sama ada di peringkat kawasan penempatan sehinggalah ke peringkat nasional. Bagi pihak masyarakat, mereka perlu mempelajari ilmu agama dengan lebih mendalam daripada guru-guru agama yang mempunyai tauliah dan berautoriti. Dengan itu, dapatlah menjadi benteng daripada terpedaya dengan corak pemikiran Islam Liberal tersebut.

Masyarakat juga perlu memainkan peranan yang efektif, sikap akauntibiliti pada agama dan ambil tahu bukan sekadar untuk diri sendiri malah saling mengingatkan antara satu sama lain tentang bahαyanya gerakan ini dan betapa pentingnya untuk kembali dan memahami ajaran Islam yang sebenar dalam kehidupan seharian.

Firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah, ayat 208 bermaksud;

“Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam secara keseluruhan (dengan mematuhi segala hukum hakamnya) dan janganlah kamu menurut jejak langkah syαitan. Sesungguhnya syαitan itu mussuh bagi kamu yang terang nyata.”

Kesimpulannya, apabila Tauhid dijaga, kedaulatan agama lebih terpelihara.

Salah satu usaha untuk menimbulkan kesedaran kepada orang awam ialah dengan penganjuran program khas membincangkan fahaman-fahaman yang tersesat yang wujud di kalangan umat Nabi Muhammad saw.

Sumber: MAIS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!