Masjid An-Nasriyah, Sitiawan, Mewujudkan “Hotel” Bagi Kucing-Kucing Yang Berkeliaran Di Sekitar M4sjid

Masjid adalah merupakan tempat ibadah bagi orang Islam dan mempunyai pelbagai fungsi sosial. Peranan masjid perlu diperkukuh dan diperluaskan bukan sekadar untuk solat berjemaah dan majlis-majlis ilmu sahaja tetapi perlu menjadi teras kepada masyarakat. 

 “Hotel” Untuk Kucing-Kucing

Pendekatan menarik Masjid An-Nasriyah, Sitiawan yang mewujudkan “hotel” bagi kucing-kucing yang berkeliaran di sekitar masjid adalah usaha yang amat terpuji. Ini akan membantu untuk mengurangkan jumlah kucing jalanan serta menarik perhatian lebih ramai orang untuk berkunjung ke masjid. 

Selain itu, masjid ini juga turut diserikan pelbagai lukisan kucing yang menarik orang ramai berkunjung dan mengimarahkan masjid terutama dalam kalangan kanak-kanak. Dari aspek kebersihan pula, “hotel” dan kesihatan kucing-kucing turut dipantau dari masa ke semasa.

hotel

Idea untuk mewujudkan ‘hotel’ kucing ini bermula apabila terdapat beberapa aduan daripada orang ramai mengenai bau busuk dan najis haiwan itu di kawasan sekitar masjid. Selepas meneliti beberapa aspek, akhirnya pihak masjid mengambil langkah penyelesaian dengan mewujudkan “hotel” untuk si comel ini. Secara tidak langsung, ia juga mencerminkan pendekatan rahmah Islam terhadap haiwan.

Info ini telah dipost oleh Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri di dalam Twitter. Beliau juga sempat menamakan salah seekor kucing berwarna hitam yang berada disitu dengan nama ‘Hurairah’. hotel

BACA JUGA: “A Day In My Life” – Kisah Hidup Seekor Anak Kucing Jalanan Selepas Diselamatk4n

Komen Warganet

Tindakan masjid ini telah mendapat pujian ramai warganet kerana dilihat sebagai satu usaha yang murni.

“Day by day,people will be more understanding that a mosque is not only for prayer,it can be multifunction🥰🥰🥰”

“Alhamdulillah..macam ni kan lebih baik. Gembira betul saya baca berita ni.”

“Semoga banyak tempat lagi macam ni”

“Steady masjid kampung kita……”

hotel

Sumber: TWITTER

_

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Berani Bangkit

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk menapis komen-komen tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!