Hasrat untuk bertemu keluarga tidak kesampaian, jururawat M4ut dirempuh lori

JASIN – Seorang jururawat hospital swasta maut selepas kenderaan yang dipandu dirempuh sebuah lori dalam nahas membabitkan tiga buah kenderaan di Kilometer 181.4 Lebuh Raya Utara Selatan (arah selatan), pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 4 itu, mangsa Shahidah Talip, 23, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintendan Hasan Basri Yahya berkata, ketika kejadian mangsa yang memandu kereta jenis Proton Wira dalam perjalanan dari Melaka ke Johor Bahru.

“Setiba di tempat kejadian, kereta dipandu mangsa dipercayai telah bergesel dengan sebuah lori dan terbabas dalam keadaan melintang di tengah jalan.

“Dalam masa sama terdapat sebuah lagi lori dalam perjalanan dan gagal mengelak kereta mangsa lalu merempuh bahagian kanan kenderaan itu,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Katanya, akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala serta badan.

“Mangsa yang merupakan seorang jururawat di KPJ Ampang Puteri, Selangor disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat di keluarkan dengan bantuan pasukan bomba,”katanya.-K! ONLINE

 

Sumber : cempedakcheese

Leave a Comment

error: Content is protected !!