(VIDEO) Ibubapa Didik Anak Hargai Jasa Pekerja Pembersihan Dapat Pujian Ramai

(VIDEO) Ibubapa Didik Anak Hargai Jasa Pekerja Pembersihan Dapat Pujian Ramai

Tak salah rasanya untuk kita mengajar anak-anak sedari mereka kecil untuk menghormati para pekerja kebersihan yang sangat berbakti buat kita.

Pekerja pembersihan merupakan mereka yang paling berjasa untuk menjaga persekitaran kita. Tanpa mereka, mana mungkin kita dapat menikmati kehidupan yang selesa kerana kebersihan adalah salah satu bentuk keselesaan lebih-lebih lagi di kawasan perumahan.

Hal ini samalah seperti yang dipraktikkan oleh pengguna TikTok menggunakan akaun bernama @denik923 apabila berkongsi momen anaknya menyantuni pekerja kebersihan yang sedang mengangkat sampah di hadapan rumah.

Bagi air kotak dekat pakcik Alam Flora

Dia juga sempat mengajar anaknya untuk mengucapkan terima kasih kepada pekerja tersebut dan melambai sebelum masuk kerumah.

Dalam video tersebut, dapat dilihat anak pengguna TikTok itu memberikan beberapa kotak air minuman kepada pekerja pembersihan dan disambut dengan senang hati oleh para pekerja terbabit.

Video:

Terima pujian ramai

Mereka juga berharap agar orang ramai dapat mencontohi amalan ini kerana didikan sedari awal mampu menjadikan anak-anak membesar menjadi insan yang lebih baik.

Budaya tersebut telah mendapat perhatian ramai dan memuji didikan seperti itu agar anaknya membesar dalam persekitaran yang saling hormat-menghormati kepada semua golongan.

Sumber: TikTok @denik923 via ohmymedia / kalamindah

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Follow dan Like kami di Berani Bangkit Media

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!