Pelajar SPM bawa adik ke sekolah, Guru sanggup tawar diri jadi pengasuh buat ramai tersentuh

Pelajar SPM bawa adik ke sekolah, Guru sanggup tawar diri jadi pengasuh buat ramai tersentuh

Guru sering diibaratkan seperti lilin yang membakar diri sendiri kerana pengorbanan yang sanggup dilakukan hanya untuk memastikan anak murid dapat menimba ilmu dengan baik.

Menjadi seorang guru bukanlah satu tugas yang mudah, kerana guru diberi amanah dan tanggungjawab untuk mendidik anak murid agar menjadi manusia yang berguna di masa hadapan.

Guru jadi pengasuh sambil mengajar

Baru-baru ini, tular di media sosial apabila seorang guru di sebuah sekolah menengah sanggup menjadi pengasuh untuk menjaga adik kepada pelajarnya.

Video berdurasi selama 8 saat itu telah dikongsikan di Tik Tok @shukranalmasyur, dia yang juga dikenali sebagai Syukran merupakan seorang guru Bahasa Inggeris dan Geografi.

Lihat Video Di sini.

Menerusi kapsyen, Syukran memaklumkan bahawa pelajar perempuan itu telah meminta izin untuk membawa adik ke sekolah kerana tiada siapa di rumah untuk menjaganya.

“Dalam kelas kakak tak dapat nak fokus. Akhirnya cikgu ambil mengasuh sambil mengajar.

“Senyap dan baik sahaja bayi ini,” tulis Syukran dalam kapsyen.

Jadi guru perlu ada sikap toleransi

Menerusi ruang komen Syukran memberitahu tujuannya berkongsi video itu adalah untuk menunjukkan pengorbanan seorang kakak dalam menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Dia turut menyifatkan untuk menjadi seorang guru perlu mempunyai sikap toleransi kerana pelajar juga berhadapan dengan pelbagai dugaan sehingga ada yang tidak terjangkau dek akal.

Walau bagaimanapun, Syukran turut meminta orang ramai untuk medoakan pelajarnya itu agar menjadi pelajar yang cemerlang dalam SPM.

Rata-rata Netizen juga turut mendoakan guru ini dan mengucap tahniah atas tindakan yang terpuji itu.

‘Terbaik cikgu’

Meninjau ke ruang komen rata-rata netizen memuji tindakan guru itu yang sanggup berkorban demi pelajarnya.

Ada juga yang turut memuji tindakan pelajar perempuan itu kerana telah menjadi seorang kakak yang bertanggungjawab.

Sedihnya, Tahniah cikgu sebab jadi cikgu ‘outstanding’

Segelintir pengguna media sosial turut berkongsi pengalaman mereka berdepan keadaan yang sama.

Allah sebaknya, semoga berjaya dunia akhirat

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber : Buzzkini

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Fb Beranibangkit

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!