Sekumpulan Lelaki Meng4muk, Guru & Pelajar Tahfiz Dipukul Sehingga Cedera

Sekumpulan lelaki termasuk seorang yang tidak mengenakan baju dilihat sedang mengamuk di hadapan pelajar-pelajar tahfiz. Entah apalah yang merasuki mereka ini. Sekiranya ada masalah, boleh berbincang baik-baik kan?

Kejadian ini berlaku pada 1 Ogos 2022 kira-kira jam 5.10 petang di Pusat Tahfiz Darul Fikri Al Mahmudiah, Kuala Lipis. 

Guru & Pelajar Tahfiz Dipukul Oleh Sekumpulan Lelaki 

Tular satu video yang memaparkan beberapa orang lelaki bertindak memukul dengan agresif seorang pelajar dan juga pengajar sekolah tahfiz. 

“Tiga suspek telah menyerang seorang ustaz dikenali sebagai Muhammad Zulhafiz Mohd Rasid serta seorang pelajar dikenali sebagai Umar Naufal Azman.

“Kejadian menyebabkan Muhammad Zulhafiz mengalami kecederaan di mata sebelah kanan, cedera di tangan dan lebam di badan manakala pelajar tersebut mendapat kecederaan sakit di badan,” 

Dalam video tersebut, individu yang memakai jubah putih (dipercayai pelajar tahfiz) telah ditampar beberapa kali sebelum di terajang sehingga terundur ke belakang.

pelajar tahfiz dipukul

Suspek yang tidak mengenakan baju juga dengan angkuhnya berkata sesuatu yang menunjukkan beliau mampu menjaga beribu orang jahat dengan maksud untuk menakutkan pelajar tahfiz tersebut. 

2000 org jht dia jaga kta nya!!sombong angkuh bongkak!!!!dia lupa nyawa dia pun allah bg pinjam!!!!! – netizen

Selain itu, pelawak terkenal, Achey Bocey turut berkongsi video terbabit dan menulis agar lelaki-lelaki terbabit ‘dikutip’ pihak berkuasa kerana melakukan kekacauan di tempat ibadah.

Dia juga meminta agar permasalahan yang menjadi punca pertelingkahan tersebut dibincang secara baik dan bukan dengan kekerasan seperti ditunjukan dalam video.

https://www.instagram.com/p/ChJjuCALNbH/?utm_source=ig_embed&ig_rid=c4d81052-89b9-468b-9007-1f2b6672581c

BACA JUGA: Ainul Mardhiah Ditidurkan Semula, Bapa Redh4 Tapi Tetap Berusaha

Kes Disiasat Bawah Seksyen 147

Menurut Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Azli Mohd Noor, punca kejadian dipercayai akibat tidak berpuas hati dengan tenaga pengajar tahfiz berkaitan pembayaran makanan di pusat tahfiz tersebut.

Namun anda sumber yang mengatakan bahawa ia berpunca apabila ustaz yang merupakan tenaga pengajar di tahfiz tersebut merotan pelajar makan maggi dan air gas, dan kemudian pelaj tersebut mengadu kepada bapa saudaranya. Apapun, kes masih dalam siasatan pihak polis.

pelajar tahfiz dipukul (2)

pelajar tahfiz dipukul (3)

 

Kes akan disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 448 Kanun Keseksaan kerana menceroboh.

Semoga pengajar dan pelajar tahfiz yang terbabit segera sembuh dan suspek mendapat hukuman setimpalnya. 

Sumber: https://alhijrahnews.com, Facebook

_

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Berani Bangkit

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!