Dipotong kaki Selepas K3malangan Di Tempat Kerja, Abang Ni Bangkit Cari Rezeki, Buka Tempahan Menjahit Langsir dan Sarung Bantal

Segala yang berlaku di dalam hidup ini sememangnya ada hikmah yang tersendiri. Walaupun banyak ujian datang menimpa, tetapi itu tidak seharusnya mematahkan semangat untuk meneruskan hidup dengan lebih yakin dan bahagia.

Ya, terkadang ujian yang datang mungkin sukar untuk dihadapi tetapi dengan iringan doa, kecekalan dan semangat yang kuat, setiap orang mampu melaluinya. InshaAllah.

Sama seperti kiriman yang dimuatnaik oleh Aida Md Noh di Facebook ini, dia berkongsi mengenai suami kepada rakannya yang memulakan hidup baru sebagai tukang jahit selepas terlibat dalam kemalangan di tempat kerja.

Menurutnya, suami kepada rakannya itu mengambil tempahan menjahit langsir atau sarung bantal di Bandar Tenggara, Kulai, Johor. Ikuti perkongsiannya di bawah ini.

Salam semua rakan-rakan fb yang budiman

Sesiapa yang nak buat tempahan jahitan yang mudah-mudah seperti langsir atau sarung bantal boleh la pm puan Aish Ayum atau liya ya sebab suami nya sudah mula mengambil sikit-sikit tempahan sekarang. Boleh juga kita semua membantu serba sedikit kepada keluarga Puan Liya dan En Johan untuk memulakan kehidupan yang baru.

Untuk makluman mereka yang masih tidak tahu suami Puan Liya adalah Oku disebabkan tragedi gas meletup dibengkel pada awal PKP tahun lepas dan kesan dari peristiwa tersebut kaki beliau telah dipotong sebelah hingga paras pangkal peha.

Sekian terima kasih.

Dihubungi oleh SK, Aida mengatakan bahawa Johan hilang punca pendapatan sejak mengalami kemalangan gas meletup di bengkel tempatnya bekerja.

“Lepas pulih ni, dia mula ambil tempahan sikit-sikit ikut kemampuan dia sebab kaki kanan dia dah potong sampai paras peha. Kaki kiri pula dua jari turut dipotong sebab hancur,” kata Aida.

Aida juga mengatakan bahawa dia memuatnaik kisah berkaitan rakannya itu sebagai makluman untuk orang-orang berdekatan yang ingin mendapatkan perkhidmatan menjahit langsir atau sarung bantal. Pun begitu, dia juga tidak menyangka bahawa kirimannya itu menjadi tular sehingga mendapat sebanyak 4.7 ribu perkongsian di Facebook.

Sumber: Aida Md Noh / siakapkeli

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*