Sebut sahaja nama Datuk Seri Vida (DSV), pasti ramai teringat ‘tagline’ popular yang pernah digunakan oleh usahawan terkenal itu iaitu ‘Qu Puteh, Qu Puteh, barulah putih!’.
Meskipun bergelar jutawan, pemilik nama Hasmiza Othman itu jarang menunjukkan amal kebajikan yang dilakukannya di laman sosial.
Bagaimanapun baru-baru ini, wanita berusia 50 tahun itu berbesar hati berkongsi sebuah video menunjukkan dirinya melawat sebuah pusat tahfiz miliknya sendiri.
Difahamkan lagi, DSV membuka sebuah pusat tahfiz diberi nama Darul Tahfiz DS VIDA yang terletak di Ipoh, Perak.
Ajak solat tarawih di rumah setiap malam
Justeru itu, sempena bulan Ramadan yang mula ini, dia menjemput ‘anak-anaknya’ di Tahfiz berkenaan untuk bersama-sama menunaikan solat tarawih di rumahnya.
View this post on Instagram
“Saham akhirat saya. Jarang-jarang saya tunjuk anak-anak tahfiz saya. Dah makin membesar semuanya. Tiada yuran, semua saya tanggung. Setiap malam datang rumah saya untuk solat tarawih sama-sama,” tulisnya di ruangan kapsyen perkongsian.
Pusat tahfiz kemas & bersih
Menurut DSV, dia langsung tidak mengenakan yuran terhadap pelajar-pelajar di tahfiz berkenaan. Malah, kesemua perbelanjaan ditanggung sepenuhnya oleh dirinya.
Selain itu, video itu turut memaparkan keadaan pusat tahfiz yang serba mewah serta lengkap dengan pelbagai kemudahan sehingga membuatkan netizen teruja.
DSV layan anak2 tahfiz macam anak sendiri
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum melihat layanan DSV terhadap anak-anak tahfiz tersebut. Mereka turut memuji kekemasan dan kebersihan pusat tahfiz itu.
Bukan itu sahaja, ramai juga yang menyatakan hasrat untuk mendaftar anak-anak mereka di pusat tahfiz milik DSV.
DSV memang layak kaya!
Hati tenang jaga kebajikan budak2 tahfiz
Sejuk hati, tersusun semua barang
Mulia sungguh hati DSV
Semoga Allah berkati DSV & anak2
Terdahulu, DSV berkongsi bahawa impiannya untuk memiliki tahfiz sendiri tercapai selepas membuka pusat pengajian tahfiz Darul Tahfiz DS Vida di Ipoh, Perak.
View this post on Instagram
Apa yang menarik, asrama tahfiz itu serba lengkap termasuk pendingin hawa yang dipasang 24 jam.
Lebih mengagumkan, pusat tahfiz berkenaan dibiayai sepenuhnya oleh DSV sendiri.
Sumber: Instagram DSV