Cara Mudah ‘Deep Clean’ Tilam Untuk Elak Ahli Keluarga Kerap Batuk dan Selesma

Boleh ‘Deep Clean’ Tilam Guna Cara Ini Untuk Elak Ahli Keluarga Kerap Batuk dan Selesma

Menukar cadar katil dan sarung bantal secara berkala adalah amat penting sebagai langkah penjagaan kebersihan terutama untuk anak-anak kecil. Hal ini kerana, walaupun nampak sahaja macam bersih tetapi anda perlu tahu bahawa habuk dan hama menjadi penyebab anak-anak selalu sakit.

Bukan sahaja sarung yang perlu ditukar, malah tilam yang anda atau anak tidur pun sebenarnya perlu dibersihkan. Berat, macam mana nak bersihkan? Mudah sahaja, anda guna cara DIY untuk membasmi kuman yang terperangkap dalam tilam di rumah tu!

CARA NAK BERSIHKAN TILAM DARI KUMAN

Step by step on how to deep clean your mattress. Tilam ni tempat biak banyak kvman-kvman kan mcm kita tengok iklan febreez tu.. kita habiskan masa secara puratanya 5-8 jam sehari atas tilam, so deep clean sangat perlu ok.

Nak angkat tilam jemur memang tak larat la kan nak nak kalau tilam 12 inch tu.. so boleh guna cara ni tuk buat deep clean mattress.. boleh try buat dalam 4 bulan sekali or time ade family members yang demam ke sakit..

Langkah-langkah:

1.Vacuum tilam guna kepala vakum yang kecik muncung tirus tu (tak guna untuk vacum lantai)

2.Hilangkan stain dekat tilam : terpulang la pakai cara apa pun..for me lebih suka letak baking soda, sembur dengan cuka biarkan seketika, gosok dengan kain ( boleh skip step ni kalau tilam tak kotor)

3.Tabur baking soda biarkan dalam 4-6 jam.. untuk serap moisture n odour

4.Vacum lebihan soda bikarbonat tu

5.Spray dettol + air

6.Anginkan tilam dengan bukak tingkap semua


Dah siap.. senang kan?

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Berani Bangkit

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber: RahsiaRumahtangga

Leave a Comment

error: Content is protected !!