Tak Perlu Dah Beratur Di Bazar Ramadan. Buat Sendiri Roti John, Rasa Sama Sedap.

Roti John ini memang antara menu yang dicari bila bulan puasa dan ia banyak di jual di Bazar Ramadan. Tapi ramai juga yang takut untuk keluar nak ke bazar.

Jadi alternatif untuk yang tak mahu beli di bazar, kita buat sendiri. Ya memang boleh buat sendiri! Caranya dikongsi oleh Chinta Eyja.

Menariknya, tak susah-susah cari roti yang macam digunakan oleh peniaga sebaliknya guna roti frankfurter saja.
Roti John homemade

Bahan-bahan yang digunakan:

  • Bawang merah -potong dadu
  • Bawang putih- potong dadu
  • Rempah kari (Campur air)
  • Daging atau ayam cincang atau daging burger
  • Sosej -potong
  • Garam
  • Lada Sulah
  • Daun sup/bawang -dihiris
  • Telur
  • Roti frankfurter
  • Mentega

Ada jenama lain juga.

Cara membuat:

1. Untuk buat inti roti john, tumis bawang merah dan bawang putih kemudian masukkan, rempah kari, daging cindang, dan sosej serta garam dan lada sulah. Kuantiti bahan boleh agak-agak saja. Dah masak, ketepikan.

2. Pecahkan telur dalam bekas, masukkan sekali dengan daun sup atau daun bawang. Kacau.

3. Masukkan bahan inti yang dimasak tadi dalam bancuhan telur. Kacau.

4. Panaskan kuali leper/pan. Belah dua roti, jangan sampai putus dan sapukan mentega. Terus tekap atas kuali. Ketepikan sekejap.

5. Cairkan sedikit mentega dalam kuali yang sama kemudian tuangkan bancuhan telur bersama inti tadi.

6. Tekap roti di atasnya.

7. Terbalikkan.

8. Ini yang dah siap tekap dengan inti tadi.

9. Letak mayonis, sos cili. Nak letak timun, salad pun boleh.

10. Lipat roti dan potong.

Siap!

Selamat mencuba.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber: Chinta Eyja

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Follow dan Like kami di Berani Bangkit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!