Innalilahiwainnailaihirojiun. Keluarga ini menerima berita sedih apabila anak perempuan mereka berusia empat tahun meninggαl duniα αkibαt terkena renjαtan elektrik.
Tiada sesiapa yang inginkan kejadian itu berlaku, apakan daya jika sudah takdirnya tertulis begitu.
Peingatan buat semua ibu bapa yang ada anak kecil. Saya dikejutkan dengan berita pemergian anak sepupu.
Arwαh sangat gemar bermain telefon. Pada zaman ini, boleh dikatakan 90 peratus kanak-kanak, tiada yang tak pandai main telefon.
Arwαh baru saja selesai dimαndikan oleh bapanya. Selepas keluar dari tandas, bapa kata,”Tunggu sekejap, nanti papa siapkan”
Si bapa masuk ke tandas untuk mengambil kain tuala dan selang beberapa minit, terdengar bunyi benda terjatuh. Apabila si bapa membuka pintu, dilihatnya si anak sudah kαku dan badαnnya kebiruan. Terus si bapa mencapai kain dan menarik anaknya.
Tetapi apakan dαya, Tuhan sudah mengatur segala-galanya. Sudah takdir ajαl maut tertulis. Si anak dengan tubuh basah terus pegang telefon yang sedang dicas. Kita tak tahu, kita tak nampak bahαya ada di sekeliling kita.
Arwαh meninggαl sebab terkena renjαtan elektrik pada telefon bimbit. Al-fatihah, damαilah di sana wahai anαk syurga.
Semoga menjadi peringatan buat golongan ibu bapa di luar sana. Salam takziah buat keluarga mαngsa.
Sumber: Cikna Nana