“Binatang punya monyet..,” Minuman Kena Rembat, Abang Rider Membebel Buat Netizen Terhibur

“Binatang punya monyet,” Minuman Kena Rembat, Abang Rider Membebel Buat Netizen Terhibur

Monyet memang terkenal dengan perangainya yang suka mencuri makanan orang. Jangan kata yang muda, yang tua juga belum pasti berani nak berhadapan dengan haiwan ini.

Haiwan yang juga kadang-kadang datang bawa geng ni selalu membuat kerosakan pada harta benda sekeliling. Kalau boleh ada saja benda yang nak diusiknya.


Sama seperti nasib seorang rider penghantar makanan ini. Dia mendakwa dirinya telah dikacau oleh seekor monyet semasa dia sedang menghantar makanan kepada customer.

Menerusi perkongsian portal YOY, sebuah video TikTok yang dimuat naik menunjukkan monyet tersebut sedang santai melepak di atas motosikal miliknya sambil mencuri minuman bungkus rider tersebut.

Yang kelakarnya, intonasi lelaki itu bercakap seolah-olah sudah pasrah apabila motosikal dan air minumannya dikacau oleh monyet tersebut membuatkan netizen berdekah!

Lelaki itu turut sempat bercakap seorang diri berharap agar monyet yang menyerang air minumannya tidak menumpahkan air ke atas tempat duduk motosikalnya.

Tekaannya tepat. Tak sampai berapa saat dia berkata sedemikian, monyet tadi terus menumpahkan air ke atas tempat duduk motosikal miliknya.

Dia terus meluru ke arah motosikalnya menyebabkan monyet tersebut takut dan lari menyelamatkan diri.


Sejak video tersebut dikongsi, jumlah tontonannya sudah mencecah sehingga 375 ribu kali! Juga mendapat 53.6 ribu tanda suka.

Video yang tular di laman TikTok

Menjengah ke ruangan komen, netizen turut terhibur dan geli hati melihat respon rider GrabFood yang spontan itu. Tak kurang juga gaya selamba yang diberikan oleh si monyet. Ada juga berseloroh mujur monyet itu tak ambil kunci motosikal. Kalau tak, mungkin dah selamat dah motor tu.

Antara komen-komen menarik yang diberikan oleh netizen di TikTok

“Klau monyet tu start motor tu ghisau”

“air Tu boleh beli bang, jgn dia ambil kunci je, mau X balik abg”

“nasib baik dia tak curi motor tu haaaaaa nasib dia rembat air je haaa..”

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Follow dan Like kami di Berani Bangkit

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber: MediaKL

Leave a Comment

error: Content is protected !!