Bermula Dengan RM800, Kini Muiz Hot Chicken Sudah Ada 85 Kios

“Saya juga nekad untuk mulakan bisnes pertama sendiri dengan modal RM800,” jelas Muhamad Muizzuddin Remle,Pengasas Muiz Hot Chicken.

Menurutnya, selepas menduduki Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) beliau mula bekerja dengan ibu saudara sebagai pembancuh air dan mengoreng ayam pada tahun 2013.

Bermula Dengan RM800, Kini Muiz Hot Chicken Sudah Ada 85 Kios

“Dari situ saya mula belajar buat ayam goreng yang sedap.

“Pada peringkat awal saya hanya menggunakan periuk nasi untuk menggoreng ayam. Minggu pertama menjual saya menerima banyak aduan, ayam tidak sepenuhnya masak,” jelasnya ketika sesi Titan Summit 2021 yang diadakan baru-baru ini.

Beliau merupakan salah seorang 100 daripada 300 usahawan jutawan yang berada dalam Program Mentoring Richworks (Titanium) dengan menjana jualan lebih RM1 juta setahun.

Kemudian, beliau terbuka hati dengan rendahkan ego untuk belajar bagi pastikan perniagaan diusahakan dapat terus berkembang pada tahun lalu.

“Perkara betul yang saya buat adalah menyertai ‘circle’ yang betul. Saya ambil keputusan tutup kedai dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Saya mula rasa pelik kenapa ahli Titan yang lain dapat tingkatkan jualan mereka berganda dalam tempoh PKP. Saya mula duduk dalam circle, jadi lebih agresif dalam dunia online,” jelasnya.

Menurutnya, bermula daripada satu, kini beliau berjaya memiliki 85 kios pada tahun ini.

Muiz Hot Chicken juga telah berada di pasaran sejak 8 tahun yang lalu iaitu pada 2013.

 

Dalam pada itu, Muhamad Muizzuddin memberitahu, impiannya untuk memiliki kereta idaman juga berjaya dicapai.

“Perkara betul yang buat saya sedar adalah apabila saya tulis atau ambil gambar setiap impian.

“InsyaAllah, tindakan itu bagaikan magnet untuk capai sikit demi sedikit impian kita,” katanya

Mula hanya dengan bergambar dengan kereta orang lain pada 2018 dan selepas 2 tahun saja, usahawan jutawan muda ini mampu membeli kereta impiannya.

Sumber:Richworks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!