Hanya Mampu Belikan Plastik Sebagai Mainan, Bapa Bersyukur Anak-anak Tetap Gembira

Menggalas tugas sebagai ketua keluarga pastinya bukan sesuatu yang mudah. Memang seronok memiliki keluarga, anak-anak tetapi tanggungjawab yang digalas di bahu juga amat berat. Namun, seberat mana, sebesar mana pun komitmen dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan, mereka tetap akan melakukan yang terbaik demi keluarga tersayang.

Anak-anak ialah priority ibu bapa. Semua ibu bapa sentiasa mahu memberikan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Kata kan apa sahaja, mereka akan cuba melakukan sedaya upaya untuk menyediakan semua keperluan anak-anak walaupun mereka dalam keadaan kurang berkemampuan.

Antara perkara yang tidak lupa untuk disediakan oleh ibu bapa ialah permainan anak-anak kecil. Walaupun ada yang kurang mampu membelikan permainan yang mahal, mereka tetap cuba untuk membelikan sesuatu yang boleh mengembirakan anak-anak. Tujuan mereka hanya satu, iaitu mahu melihat kebahagiaan, kegirangan di wajah si anak.

Ada yang sanggup bekerja lebih masa, ada pula yang terpaksa duduk berjauhan dari keluarga semata-mata mahu meningkatkan status kewangan bagi mendapatkan kehidupan yang lebih baik.

Itulah yang dilakukan oleh seorang bapa yang membelikan plastik untuk anak-anaknya. Plastik untuk dibuat mainan? Kedengaran agak janggal bagi sesetengah orang, namun hakikatnya ada kanak-kanak yang sangat suka bermain dengan plastik yang dijadikan alat permainan mereka.

Menerusi video yang dikongsi oleh @ainuntazrie, di laman sosial TikTok, kelihatan lelaki itu meluahkan hasratnya untuk membelikan mainan buat anak-anaknya di rumah.

Namun, mungkin kerana belum berkemampuan seperti orang lain, dia akhirnya masuk ke dalam sebuah premis dan pergi ke ruangan yang menjual bermacam jenis plastik.

Menurutnya, dia membeli plastik sebagai ganti kepada alat permainan anak-anaknya dengan harapan agar kedua-dua orang buah hatinya itu akan suka dengan mainan baru mereka.

Apa yang membuatkan dia seb4k ialah apabila dia melihat kedua orang cahaya matanya kelihatan sangat menyukai pemberian tersebut dan begitu gembira bermain plastik bersama-sama.

Sehingga kini video tersebut telah ditonton lebih daripada 40 ribu kali dan menerima hampir 5000 ‘like’ serta dihujani dengan pelbagai komen dari netizen.

Rata-rata netizen turut tersentuh dengan video tersebut. Ramai juga yang memuji anak-anak kepada lelaki ini yang nampaknya tidak kisah dengan permainan yang diberikan. Mereka tidak memberontak atau merajuk malah gembira dengan mainan baru itu. Ramai juga yang mendoakan lelaki ini supaya sentiasa sihat untuk menari nafkah buat keluarga.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber : erabaru

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Follow dan Like kami di Berani Bangkit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!