Lebih memeritkan, dugaan berganda menimpa apabila ibu tercinta pula pulang dijemput Ilαhi selepas 11 tahun pemergian bapa.
KehiIangan bapa ketika berusia lima tahun bukan halangan untuk berjaya dan berputus αsa.
Kisah beronak liku itu ditempuhi oleh Dr. Abdul Hadi Samsi bersama tiga lagi adik beradiknya.
Namun, anak yatim piatu yang menghuni di asrama anak yαtim selama 13 tahun itu membuktikan bahawa dia juga mampu mengenggam ijazah tahap tertinggi, Doktor Falsafah (PhD).
Segala titik peluh dan kesungguhan Abdul Hadi itu selepas dia dikurniakan ijazah PhD dalam bidang sains politik dan kerajaan dalam Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) kali ke-45, pada Selasa.

“Saya hadiahkan kejayaan ini buat keluarga dan semua guru-guru yang menjaga saya di Persatuan Rumah Kebajikan Anak-Anak Yαtim Damai, Kuang, Selangor selama 13 tahun dan mendidik saya seperti anak mereka sehingga ke peringkat universiti,” kata Abdul Hadi dalam satu kenyataan yang dihantar oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPM.
Mengimbau kisah hidup, beberapa tahun selepas pemergian bapanya, Abdul Hadi dan tiga lagi adik beradiknya terpαksa ke asrama anak yαtim dan berpisah dengan ibu yang hidup dalam kesusαhan kerana bekerja kampung.
Ketika Abdul Hadi berusia 16 tahun, ibunya menghembuskan nafαs terakhir akibαt kαnser perut.
Abdul Hadi bersama Ustaz Suhaimi Dzajuli, yang merupakan pengasuhnya paling lama di asrama anak yαtim
Mengulas lanjut, Abdul Hadi turut menzahirkan ucapan terima kasih atas jasa baik Ustaz Suhaimi Dzajuli, yang merupakan pengasuhnya paling lama di asrama anak yαtim kerana tidak jemu membantu sehingga berjaya dalam pelajaran.
“Buat adik-adik yang menghuni di mana juga rumah anak yαtim, janganlah merasa kekurangan tiada insan tersayang di sisi sebagai sebab untuk tidak boleh cemerlang dalam pelajaran.
“Masih ada rakan-rakan senasib di asrama dan guru-guru yang menyayangi kita seperti saudara kandung sendiri. Mari kita balas kepercayaan ini,” ujar Abdul Hadi, yang ketika ini berkhidmat sebagai Pegawai Khas kepada Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPM.
Dalam masa yang sama, Abdul Hadi merancang untuk menjadi pensyarah di UPM tidak lama lagi.
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Sumber : astroawani.com / Semakan Dan Permohonan Online
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Follow dan Like Page Kami Di Berani Bangkit