Ibu Tunggal Yang Hebat ‘Tak Sibuk Cari Peganti’ Hingga Genggam Master Di UK “Demi Tuntut Ilmu”

Susah senang bersama anak, Farah Lee genggam Master di UK – “Demi tuntut ilmu..”

Wanita berusia 30 tahun itu mengakui, kejayaan tersebut bukan satu perjalanan yang mudah untuk dilalui bersama anak perempuannya Maream Esabel apatah lagi menjalani kehidupan di negara asing.

Selepas menunggu dua tahun, selebriti media sosial Farah Lee akhirnya dapat meraikan hari konvokesyen pada sebuah majlis graduasi di University of Leeds, United Kingdom pada Selasa lalu.

Menurut Farah atau nama sebenarnya Nurfarahin Romli, penat lelah dan pengorbanan sejak 2018 menjadi berbaloi apabila dia menggenggam Sarjana Pendidikan Kanak-Kanak.

Sepatutnya konvo 2020, tapi akibat C0vid-19

“Pada 11.09.2018, seorang ibu tunggal bersama anaknya yang baru berusia empat tahun melangkah keluar dari kapal terbang di tempat asing, meninggalkan semua orang yang mereka kenali, gaya hidup selesa; demi ilmu.

“Dunia baru, wajah baru, kehidupan baru. Kenangan, keringat, air mata, kesakitan, senyuman, tawa dan kasih sayang, semuanya membuatkan ia menjadi hari terindah!,” katanya yang mesra dipanggil Omma.

Bekas isteri kepada pengacara dan personaliti televisyen Ally Iskandar itu berkongsi kegembiraan tersebut dengan memuat naik beberapa posting di laman Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Farah Lee (@farahlee_)

Selain itu, dia yang juga pemilik butik Omma & Esabel membuat dedikasi istimewa buat Maream yang sentiasa sabar dan menyokong ibunya dalam usaha menuntut ilmu sehingga menamatkan pengajian.

Terima kasih anakku

“Alhamdulillah Maryam, kita berjaya lakukannya! Terima kasih atas kesabaran dan sokongan kamu sejak hari pertama kita berada di sini. Ketika itu, kamu masih kecil tetapi sangat memahami, suka menolong dan tabah.

“Saya tahu, ia bukan perkara mudah bagi kamu. Kamu sangat gembira dan menunggu hari graduasi saya. “Omma, hari ini hari awak” dan kejayaan ini adalah untuk kamu Maream,” ujarnya.

Batik yang sama ketika ‘degree’ di Korea Selatan

Farah dan Ally mendirikan rumah tangga pada 20 Januari 2012 dan mengambil keputusan untuk berpisah pada 17 Ogos 2016. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurnaiakan Maream yang kini berusia lapan tahun.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber: Oh My Media / Mymediamaya

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Follow dan Like kami di Berani Bangkit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!