Pelbagai Barangan Keperluan Dalam But Kereta H4bis Di4mbil ‘Dalam Masa 30 minit’

Pelbagai Barangan Keperluan Dalam But Kereta H4bis Di4mbil ‘Dalam Masa 30 minit’

TASEK GELUGOR: “Dalam tempoh 30 minit saja, pelbagai barangan keperluan yang terdapat dalam but kereta habis diambil mereka yang sangat memerlukannya,” kata Azizul Abdul Rahim, 37.

Azizul yang bertugas di Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) melakukan kerja kebajikan dengan membuka but kenderaan dipenuhi barangan keperluan supaya ia boleh diambil individu yang memerlukan.

Beliau yang ditemui berkata, melakukan kerja amal secara bersendirian sejak 10 tahun lalu apabila menggunakan wang gajinya bagi membeli barangan keperluan sebelum disumbangkan kepada individu memerlukan dari rumah ke rumah, termasuk golongan gelandangan.

“Namun, ketika p4ndem1k COV1D-19 saya dapati permintaan meningkat dan cuba sedaya upaya membantu mengikut kemampuan.

“Selain menghantar barangan keperluan dari rumah ke rumah dan menyantuni golongan gelandangan, saya juga pergi ke mana-mana kawasan untuk membuka but kereta dipenuhi dengan barangan keperluan untuk diambil oleh mereka yang memerlukan.

“Program ini mendapat sambutan baik apabila hanya dalam tempoh 30 minit semua barangan keperluan dianggarkan bernilai RM350 habis kerana kita tahu pada masa ini terlalu ramai terkesan memandangkan tempoh pelaksanaan fasa perintah kawalan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang masih berterusan,” katanya ketika ditemui di luar Pasar Awam Tasek Gelugor, semalam.

Sementara itu, ibu tunggal, Saayah Yusof, 52, berkata dia terputvs bekalan makanan selepas perkhidmatan cuci rumah ke rumah yang diusahakannya terjej4s akib4t COV1D-19.

“Apabila nampak ada program seperti ini memang saya seronok sebab pada masa sekarang orang macam saya amat perlukannya.

“Suami saya men1ngg4l dvnia pada 2017 dan kini membesarkan tiga anak perempuan, termasuk seorang or4ng kur4ng up4ya (OKU) berusia 18 hingga 25 tahun.

“Dua anak saya juga sudah tidak boleh bekerja pada masa ini, sekali gus menyebabkan kami susah sedikit, tetapi mujur ada ramai yang menghulurkan bantuan,” katanya.

Sudah baca artikel ini?Mohon komen dan share sahabat..Semoga Dipermudahkan

Sumber:bharian.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!