Bapa mentua kepada penyanyi dan pelakon Marsha Milan Londoh telah men1nggal dunia pada awal pagi Sabtu. Menerusi laman sosial Instagram, Marsha menyampaikan khabar dvka, bapa mentuanya, Datuk Seri Mohamed Ismail Mohamed Othman telah menghembvskan nafas terakhir.
“Dukacita ingin memaklumkan bahawa, bapa mentua tersayang, Datuk Seri Mohamed Ismail Mohamed Othman telah kembali ke Rahmatullah pada hari ini, Sabtu bertarikh 22/5/2021 bersamaan 10 Syawal 1442H. Marilah kita bersama-sama berdoa agar r0hnya dirahmati Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang soleh dan beriman,” tulisnya dalam sebuah entri.
View this post on Instagram
Sementara itu di ruangan komen, ramai rakan selebriti dan wargamaya memberikan ucapan takziah buat seluruh ahli keluarga Marsha dan suami. Imbas kembali, Marsha mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli perniagaan, Mohamed Shaiful Nizam Datuk Seri Mohamed Ismail pada 31 Disember 2015.
Selepas berkahwin, Marsha mengakui lebih selesa dan tidak kekok tinggal di rumah keluarga mentuanya yang seramai 12 orang berbanding duduk berasingan. Malah, dia turut berkongsi dirinya lebih terdidik dan memudahkan urusannya untuk mendalami ilmu agama Islam sepanjang tinggal bersama keluarga besar itu.
Sumber: Gempak / Majalah harian