Babah naik angin. Kenapa la ko buat benda tu dalam singki. Macam mana nak setel ni.

Babah naik angin. Kenapa la ko buat benda tu dalam singki. Macam mana nak setel ni.

Gelagatnya yang selamba membuang air di sinki itu turut membuat pemilik kucing itu terkedu apabila melihatnya. Dalam masa yang sama, para netizen turut terhibur melihat reaksi pemiliknya yang membebel dengan gayanya yang tersendiri.

Perangai kucing memang ada kalanya n4kal dan boleh melakukan sesuatu perkara yang di luar jangkaan ramai. Sama juga macam gelagat seekor kucing ini yang sempat membuang air di dalam sinki dapur semasa ditemui oleh pemiliknya.

Pada gambar dan video yang dikongsikan ini, kelihatan seekor kucing yang sedang duduk di dalam sinki dapur itu dengan posisi yang sangat mencurigakan. Menurut perkongsian oleh pemiliknya di akaun T1kT0k, kucing tersebut telah membuat hal dengan membuang air di sinki dapur tersebut.

Tidak lama kemudian, pemiliknya itu mula membuka paip untuk membersihkan kucing yang dipanggil sebagai Nana itu. Apa yang mencuit hati, kucing itu langsung tidak beredar walaupun badannya sudah terkena air seolah-olah tahu dan pasrah ianya adalah balasan yang diberikan kepadanya.

Lelaki itu kemudian mula membebel setelah melihat perangai kenakalan kucingnya ini dengan gaya yang penuh sopan santun mengalahkan syarahan. Lebih mencuit hati, kucing itu juga dilihat kekal di dalam sinki itu dan pasrah mendengar bebelan dari pemiliknya.

Video :

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama berdekah melihat gaya lelaki itu membebel pada kucingnya ini. Dalam masa yang sama, netizen turut terhibur dengan reaksi kucing itu yang seakan-akan pasrah mendengarnya.

“Kan dah kena tazkirah panjang.”

“Penat dia dengar syarahan tu.”

“Gelak sensorang aku.”

“Rilek je kena siram…”

Sumber: imuslimnetwork.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!