Dilayan manja seperti raja, ayam ini miliki kehidupan eksklusif. Tidur pun di atas katil!

Ayam ini menjalani kehidupan eksklusif. Untungnya jadi ayam, tidur pun atas katil!

Haiwan peliharaan biasanya terdiri daripada spesies kucing, anjing, burung dan arnab. Haiwan-haiwan ini biasanya menjalani kehidupan yang jauh berbeza dan lebih selesa berbanding haiwan ternakan. Tetapi bagaimana pula dengan ayam istimewa ini yang hidup bebas di dalam rumah dan manja dengan tuannya?

Ya, seorang pengguna Twitter dari Jepun yang dikenali sebagai @k0303fuku merupakan peminat spesies burung. Selepas kehilangan burung kakak tua kesayangannya yang dipelihara dari kecil, dia mengambil keputusan untuk menjadikan ayam jantan ini sebagai haiwan peliharaannya.

Agak pelik untuk melihat seekor ayam bebas di dalam rumah dan tidur dengan nyenyak di atas katil. Lihatlah gelagat ayam jantan yang comel dan gempal ini, geram betul tengok ayam ini tidur lena seperti itu!

Malah, Fuku turut memelihara seekor lagi ayam jantan yang turut menjalani kehidupan istimewa.

Siap ada lapik bantal dan selimut!

Meskipun ayam ini mempunyai tempat tidurnya sendiri, Fuku mendedahkan bahawa ayam yang diberi nama Lang Jiang ini gemar tidur bersamanya. Manjanya!

Menurut Fuku, Lang Jiang lebih gemar berkepit dengannya terutamanya ketika cuaca sejuk di mana ayam ini akan sentiasa menantikan dakapan tuannya yang hangat.

2#Hobi Jadi Rezeki Tauke Ayam Baka#

WALAUPUN sering dipandang serong kerana hobi menternak ayam baka dianggap tidak gah seperti ternakan lain, empat sahabat mampu tersenyum apabila bidang diceburi sekadar suka-suka itu kini menjana pendapatan lumayan.

Muhammad Azihan Ismail, 25, berkata dia bersama tiga sahabatnya tidak kisah dengan pandangan orang lain kerana mereka gembira dengan apa yang dilakukan.

Katanya, ia bukan sekadar hobi semata-mata, sebaliknya memberi pulangan lumayan apabila hasil diternak berjaya dijual.

“Saya sudah menghabiskan lebih RM30,000 untuk membeli induk dan pembaka ayam sepanjang bergiat aktif dengan hobi ini sejak berusia 13 tahun.

“Ayam baka diternak bukan ayam kampung biasa, tetapi terdiri daripada baka terpilih selain ada yang diimport dari Thailand.

“Sepanjang menternak dan menjual ayam, saya pernah menjual ayam baka phakoi pada harga RM5,000 seekor pada 2018,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kedai Buluh, Kuala Terengganu, hari ini.

Bagaimanapun, katanya, ayam diternak tidak selalunya berjaya dijual, jadi mereka memerlukan kesabaran tinggi sekiranya mahu terus meneruskan penternakan ini.

“Ketika ini, saya membelanjakan lebih RM500 sebulan untuk makanan dan ubatan untuk ayam terbabit.

“Selain puas melihat ayam baka ini membesar, hobi ini membolehkan saya mempunyai ramai kenalan yang mempunyai minat sama dan kami biasanya berkumpul sebulan sekali untuk bertukar-tukar pandangan,” katanya yang mempunyai lebih 100 ekor ayam baka.

Bagi Muhammad Naim Ramli, 35, dari Kampung Losong pula, dia menternak ayam kampung itu sejak berusia 12 tahun.

“Saya bermula dengan 10 ekor dan ketika ini, jumlah ternakan sudah meningkat sehingga 500 ekor termasuk ayam baka pama, phakoi dan saigon,” katanya.

Muhammad Naim atau lebih mesra dipanggil Naim Losong berkata, dia sanggup terbang ke seluruh negara selain Thailand untuk mendapatkan ayam jenis baka terbaik untuk dibiakkan.

“Menjadi penternak ayam memang dipandang lekeh kerana ia dianggap pekerjaan orang kampung, tetapi pada hakikatnya ia memberi pulangan lumayan.

“Jika tidak mampu menjana pendapatan, saya tidak kekal sebagai penternak ayam sehingga sekarang,” katanya.

Menurutnya, kegiatan menternak dan menjual ayam baka itu semakin rancak selepas dipromosikan melalui media sosial.

“Jika dahulu, mungkin pasaran ayam itu hanya terhad dalam kalangan penduduk setempat, tetapi sekarang ia boleh dipasarkan secara meluas.

“Saya pernah ke Perak untuk menjual ayam baka phakoi kepada pelanggan dengan harga RM3,000 seekor,” katanya.

Aisamuddin Razak, 31, dari Kampung Tok Jiring berkata, dia hanya menternak lebih 50 ekor ayam baka.

“Walaupun menternak ayam itu secara suka-suka, saya mampu menjual antara dua hingga tiga ekor sebulan.

“Harga ayam tidak menentu bergantung kepada jenis baka iaitu berharga RM300 hingga RM3,000 seekor,” katanya.

Menurutnya, dia aktif menternak pada setiap bulan kecuali pada Ramadan kerana memberi tumpuan kepada perniagaan ayam bakar dalam tin yang diusahakan sejak tiga tahun lalu.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Berani Bangkit

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber: Harian Metro / Eb

Leave a Comment

error: Content is protected !!