Anjing bawa mangkuk kosong dan berjalan dari rumah kosong ke rumah kosong sangkakan berpenghuni.

Anjing bawa mangkuk kosong dan berjalan dari rumah kosong ke rumah kosong sangkakan berpenghuni.

Saturakaman yang memperlihatkan seekor anjing terbuang berjalan sambil membawa mangkuk makanannya yang kosong dari satu rumah ke rumah lain, meruntun hati warga maya.

Kelihatn seekor anjing sedang mengonggong mangkuk…..Anjing terbiar bawa mangkuk kosong dan berjalan dari rumah ke rumah untuk cari makanan

Video terbabit dirakam bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai nasib haiwan yang ditinggalkan serta memperbetulkan pandangan bahawa haiwan ini berupaya untuk menjaga diri serta mencari makanan sendiri.

Video terbabit dirakam sepasukan anggota sukarelawan World Animal Awareness Society yang melancarkan Projek Haiwan Jalanan Amerika.

Video yang dirakam di sebuah kawasan kejiranan di Detroit, Amerika Syarikat itu menunjukkan kesungguhan seekor anjing berjalan di dalam kawasan yang dipenuhi semak samun untuk mencari individu yang sudi berkongsi makanan dengannya

Anjing yang kelaparan itu mengunjungi lima buah rumah namun ia tidak sedar kesemua rumah terbabit telah ditinggalkan penghuninya. Pasukan sukarelawan kemudiannya mengisi mangkuk makanan anjing tersebut dengan makanan dan minuman. Anjing-anjing di kawasan terbabit kemudiannya diselamatkan serta kini di bawah jagaan sukarelawan berkenaan.

Sumber: imuslimnetwork.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!